Khasiat Daun Sirih

pokok-sireh

Tahukah anda! khasiat daun apakah yang sering ingin diketahui oleh orang ramai? saya baru sahaja check menggunakan Keyword Tool di Google.. Rupa-rupanya ramai yang ingin mengetetahui khasiat daun sirih. Saya tidak pasti mengapa daun sirih ini disukai ramai. Walau apa pun.. kepada yang ingin mengetahui khasiat daun sirih.. di sini saya ceritakan serba sedikit tentang khasiatnya..

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.


Dalam rawatan tradisional, daun sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.   Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.
Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.

Jika ada khasiat daun sirih lain yang anda ketahui bolehlah dikongsikan di sini..

Number of View :24917

20 comments

  1. Gambar atas tu mmg sah daun kadok,daun kadok pun boleh d mkn sbagai ulam dgn merebus terlebih dahulu,skejap saja dah emput,boleh d masak gulai bersama siput sedut,mnambahkan lg enak gulai siput td,boleh jge d campur bersama ulam2 sebagai kerabu sayur utk nasi kerabu,baunya wangi,rasanya sedap.cubalah.Khasiat,sy tak tau.

  2. daun sirih yang dikeringkan sama ke khasiatnya.saya nak cuba keringkan dan simpan utk keperluan nanti

  3. Saya ada dengar, untuk buat jampi pengasih (seri muka-supaya muka berseri-seri) guna daun sireh bertemu urat,.. betul ke.. nak kena tanya tok bomoh ni..

  4. kalau bawa durian dalam kereta (boot belakang ..) jangan lupa bubuh daun sireh (kalau bolih dengan batangnya sekali) atau daun pandan atau arang >> ia akan menyerap bau durian .. kalau tidak durian dah lama habis tapi baunya yang tidak selesa akan tetap tinggal dalam kereta, untuk beberapa waktu, dan kalau cuaca panas, lebih lagi menggangu, terutamanya orang yang menumpang kereta kita tu …

  5. Antara jhasiat daun sireh untuk membuang toksid dalam badan dengan mengirisnya seperti bunga rampai sebanyak lebih kurang 8 helai kemudian direbus dari 2 mug jadikan satu mug kemudian tapis minum airnya dan untuk tiga hari baju pakaian akan sangat berbau mungkin isteri atau suami akan tidur jauh kerana badan juga akan berbau juga akan lebih baik selepas ditapis campur dengan secekak daun kelompang air di kisar dan tapis baru minum kerana kelompang air baik untuk sakit GAUT. terima kasih.

  6. klu daun sireh maz selalu uat ubat utk skit mata,lendir btg dauh sireh blh dgunakan utk mctkkn bulu mata serta lebatkn kening&bentukkn kening.

  7. hehe.. utk muke yg merah berseri, sireh mmg sesuai… daun tu buat jus ataw mkn cenggitu jerk… amalkan seminggu 2,3 kali.. pasni tak payah makeup muke dah berseri2… yg kt atas tu mmg daun kaduk…

  8. Saya memerlukan daun sireh dan pinang kering dalam kuantiti yang banyak. Hubungi En.Zul @ 010-2911307. Terima kasih

  9. saya pun mengamalkan daun sireh ni.. air rebusannya.. sgt bagus diminum… saya pon ada menulis sket tntg daun sireh ni.. sgt bagus diamalkan oleh semua wanita… tak kurang juga, JRD yg sgt2 baik utk wanita… singgah2 blog saya ye.. utk berkongsi khasiat sireh.. (^_^)

  10. beza jelas antara sireh dan kadok ialah kadok hidup melata di tanah sementara sireh adalah sejenis tumbuhan memanjat (parasit?) Daun sireh lebih panjang (lonjong)

  11. Sireh juga banyak spises. di laman herba sya ada beberapa spises antaranya sireh hutan dan sireh merah.
    sireh hutan banyak buah. buahnya dikatakan dapat mengubati kanser payudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam