Khasiat Cordyceps

khasiat-cordyceps

Baru-baru ini penulis sempat ke tanah tinggi Cameron Highlands menghirup udara nyaman di sana. Seperti biasa, tidak sah jika pergi ke sana kalau tidak membawa balik sayur-sayuran yang segar dari ladang. Antara banyak-banyak hasil pertanian, penulisan teruja melihat benda yang seakan ulat tetapi bila mendekatinya ia adalah sejenis herba yang panggil Cordyceps. Sebelum ini, penulis pernah mendengar nama ini kerana ada membeli produk kopi segera yang dicampur dengan ekstrak ini. Namun, ini pertama kali melihat rupa sebenar herba ini.

khasiat-cordyceps2

Apakah sebenarnya khasiat di sebalik herba ini? Daripada rujukan herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki. Herba ini adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas. Cordyceps dipercayai dapat meningkatkan daya ketahanan, selera makan,  penyakit kurang tidur , radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

khasiat-cordyceps22

Daripada maklumat rakan-rakan, Cordyceps di Cameron Highlands bukanlah yang asli. Ini kerana herba asli yang sebenar cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi. Jadi, sebab itulah harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Kebiasaannya, herba ini dicampur dalam ramuan sup dan juga boleh dijadikan sebagai jus minuman.

khasiat-cordyceps222

Jika anda pernah makan herba ini, bolehlah kongsikannya di sini… apa rasanya?

Number of View :9333

3 comments

  1. Salam Tn,
    Cordyceps yang telah diproses(kapsul) rasanya sedikit masam(kerana ianya kulat).

    Menguatkan sistem tubuh secara ilmiah(tetapi kena ingat akan kesan tindakbalas -healing crisis). Ia lebih kepada ‘sistem perkumuhan’, respiratory, tonik. Boleh di makan terus(kapsul) atau masak bersama sup.

  2. Salam sejahtera,
    mohon bertanya…baru-baru ini saya telah pergi ke Cameron highland dan teruja apabila penjual
    mengatakan bahawa sayuran ini adalah sejenis ginseng. Oleh sebab ingin mencuba saya telah
    membelinya namun saya keliru cara untuk menggunakannya (memasak) dan terdapat juga rasa
    takut (bimbang) jika saya memasaknya akan meninggalkan kesan (bahaya) kemudian. Oleh itu saya
    mohon sangat2 pendapat dan pencerahan lebih lanjut.

  3. Sy penah membeli nya di Cameron highland, mmg pelik dr segi bentuknya…kata penjual itu ubat untuk asma pun boleh, sy pun beli dan berikan pada emak sy, kebetulan emak sy sesak nafas kerana x bawak ubat asma dan dia lun rebus utk minum… Alhamdulillah dia kata terus baik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam