Khasiat bunga pokok misai kucing

Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.

Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan sesaorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.

Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ‘sembang-sembang di kedai kopi’.

Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.

“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.

Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.

“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

Number of View :13510

9 comments

  1. Saya adalah salah seorang penghidap kencing manis type II. Saya ingin bertanya …adakah sebarang kesan pengambilan daun misai kucing terhadap ibu mengandung. Memandangkan saya sekarang sedang mengandung. Sila jawab dengan segera

  2. Misai kucing sangat bagus untuk merendahkan tekaknan darah yang tinggi dan memang sangat mujarab. Boleh dibuat ulam dan dijamin iNSYA ALLAH dari 140/90 darah leh drop sampai 120/80. percayalah!

  3. salam ..sy akan amalkan minum air dari rebusan daun misai kucing ni..kebetulan sy tngh mengidap penyakit batu karang…3thn lepasa baru buat pembedahan mengeluarkan batu tersebut…sekarang kena lg…so sad…

  4. bapa saya selalu rendam 2,3 helai daun dalam secawan air panas, minum selepas suam or 20 minit kemudian… lepas tu akan keluar angin dalam kain pelikat; pufff!!! dia cakap;lega sikit perut or kembung… kat rumah ada gak tanam tepi rumah.. cara tnam, keratan batang,cucuk dalam tanah, mmang mudah utk hidup…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam