April 18, 2024

Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri. Dengan kecantikan tersebut tidak hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan dihalaman rumah.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.

“Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri,” katanya. Beliau yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.

“Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok,” tambahnya.

Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.
Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.

“Bagi pokok cempaka putih,” kata Dr.Zamzam, “ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus”.

Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cunma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
Jelasnya lagi, “untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi,” katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :26615

6 thoughts on “Khasiat bunga, daun dan akar pokok cempaka

  1. rupa nya berguna semua ingatkan pada bunga nya je , saya pokok cempaka putih awal tanam rajin berbunga bila di cantas langsung tak berbunga..merajuk agak nya.

  2. saya memcari bunga cempaka.di kuala lumpur dimanakah bunga cempaka ada dijual.terima kasih ya.

    salam
    lisa

  3. salam bos, nak tanya pokok cempaka merah ada tak, kawan saya cakap ada tapi tak tahu mane nak cari, kalau ada gambar nya boleh share tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam