Khasiat Bunga Betik


Ramai yang kenal bunga betik, tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Mungkin artikel akan datang Penulis akan jelaskan lebih lagi mengenai bunga-bunga betik ini. Kebiasaanya, bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.


Artikel kali penulis ingin kongsikan khasiat bunga betik kepada kesihatan kita. Bunga betik dipercayai amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi. Rasanya yang pahit membuatkan ramai yang tidak menyukainya. Namun, bagi yang sudah biasa, rasa pahit hanya perkara kecil. Kebiasaanya, bunga betik tersebut dicelur terlebih dahulu bagi melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. Ada juga yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Number of View :17771

4 comments

  1. bunga betik atau pucuk betik juga boleh menjadi penawar demam denggi. caranya ialah dengan merebus dan diminum airnya.
    bunga betik jantan atau dikenali juga dengan nama bunga betik rambai enak dibuat kerabu.

  2. Bunga hermafrodit bermaksud bunga yang bersifat bisexual di mana terdapat stamen dan pistil dalam satu tangkai bunga. Pendebungaan tidak memerlukan stamen dari bunga jantan sekiranya bunga itu adalah hermafrodit. Sukar membezakan pokok betik jantan dan pokok betik betina kecualilah tekala ia sudah mengeluarkan bunga. Rasa bunga betik memang pahit tetapi tetap dimakan juga untuk mengubat beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi. Pucuk daun muda betik pun boleh dijadikan ulam. Semasa merebus titik sedikit minyak makan untuk melembutkannya. Rasanya amat pahit walau pun sudah direbus. Sangat elok untuk mengubat sakit darah tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam