Khasiat Bendi


Tentu anda biasa makan kacang bendi terutama bagi mereka yang gemarkan masakan gulai/kari. Kebiasaanya, bendi selalunya digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Orang Utara tak sebut kacang bendi, depa sebut kacang lendiaq. Orang putih pula kata lady fingers dan ada juga yang menyebutnya sebagai okra. Tahukah hangpa semua apakah khasiat kacang bendi ini?

Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Sebenarnya memang banyak lagi khasiat kacang bendi ini. Tidak sia-sia anda mengamalkannya demi hari tua anda. Dengar cerita orang tua, bendi ini dapat mengurangkan sakit sendi. Kalau puan-puan nak resepi masakan bendi ini, bolehlah dapatkan buku-buku masakan di pasaran. Resepi saya mudah sahaja.. rebus sahaja bendi tersebut, kemudian cicah dengan sambal belacan/budu dan makan dengan nasi panas. Memang confirm, anda tidak akan perasan mak mertua atau pak mertua anda lalu di belakang anda.. Kalau lalu di depan dah tentu perasan la.

Number of View :6942

5 comments

  1. salam,

    saya memang menggemari sayuran ini, cukup dengan direbus dan cecah pada sambal.

    oh ya satu lagi nama sayuran ini adalah kacang tanduk, ia panggilan popular di sabah, so pastikan menyebut kacang tanduk bila anda ke sabah.

  2. Ada org bagitau saya, kalau nak elakkan anak kuning elok ibu2 mengandung amalkan makan kacang bendi ni. Tak tau la pulak betul atau tidak tapi saya alhamdulillah ketiga-tiga anak tak ada kuning….sbb sya mmg suka kacang bendi ni…

  3. Emmm..kl panggang pun sedap…wangi jerr baunya…masa sekolah dulu aku mkn mentah2 kat ladang sains pertanian…sbb x der duit sekolah…
    Ada dua jenis (setahu aku ler)..yg hijau gelap tu lebih sikit lendirnya (sesuai panggang jer) dan kl yg hijau cerah tu x byk lendir dan sesuai buat sayur belacan…

  4. org peknen disuruh makan kacang bendi ni supaya memudahkan proses bersalin….wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam