April 19, 2024

khasiat-bawang-putih

Bawang putih atau nama saintifiknya “Allium Sativum” sememangnya terkenal dalam dunia perubatan kerana mengandungi pelbagai khasiat. Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut “garlic“. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada perkataan Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang  ‘garlic’ yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).
Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang nipis seolah-olah macam kertas.

Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan sebagai salah satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang.

Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.
Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama “Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dipecah atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.

Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :11806

1 thought on “Khasiat Bawang Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam