April 19, 2024

badam

Tentu ramai yang biasa makan Almond London terutama apabila menjelang musim hari raya. Memang sedap.. Selain ia dijadikan bahan campuran dalam makanan seperti kuih, ia juga boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang dan sebagainya. Tahukah anda almond atau badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Badam sememangnya diketahui penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Selain kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Terdapat berbagai lagi khasiat badam sebenanya yang tidak dapat disiarkan di sini. Jika anda ingin tahu lebih lagi di harap, rujuklah di buku-buku atau di internet..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10376

3 thoughts on “Khasiat Badam

  1. org yahudi terlalu gemar makan badam. patutlah ia org cerdik-cerdik. Perempuan yahudi semasa mengandung kuat amal beberapa perkara:
    1. makan badam
    2. minum susu segar
    3. makan buah kismis
    4. makan sayur segar non-toksid

  2. Sy pernah baca petua(bukan pemuda)bagi yang tidur berdengkur hingga menimbulkan ketidakselesaan orang sebelah & isi rumah..petuanya:

    7 biji badam mentah ditumbuk halus(blend kering pun boleh kot) dicampur dalam segelas susu suam.kacau & beri orang yg tidur berdengkur tu minum sebelum ia tidur…InsyaAllah akanberkurangan dengkurannya..Wallahua,lam…

  3. seasa sya di bekerja diluar negara ada campur dgn yahudi.diorg kalau isteri mengandung dah mula kunyah buah badam ni,letak ear phone diperut main apa2 je yg pintar seperti ceramah diorg sambil membuat matamatik,sya tanya ngapa,oh utk ank dlm kandungan.acha,diorg dah standby dari awl lagi pebelajaran sejak dini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam