Khasiat Akar Seruntun

akar-seruntun
Akar seruntun atau nama saintifinya Tinosprora tuberculata memang tidak asing lagi di kalangan pengamal perubatan tradisional kerana ia amat terkenal dengan pelbagai khasiat. Akar seruntun juga popular dikenali dengan nama patawali, putawali, brotowali, atau batang wali.

Pokok yang menjalar ini memang mudah ditemui di kawasan kampung. Pokok ini mudah tumbuh dan kebiasaannya dibiarkan menjalar di pagar-pagar rumah atau juga melilit pada pokok yang lain. Pokoknya yang berjurai-jurai kadangkala nampak cantik apabila dijadikan tanaman hiasan.

Batangnya yang berbintil-bintil (berkerutu) memang nampak tidak cantik sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. Batangnya mengeluarkan getah putih dan berlendir. Rasanya memang pahit sekali. Nak tahu apa khasiatnya. Jom baca perkongsian dari rakan-rakan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan tumbuhan herba ini.

akar-seruntun3

Batangnya adalah bahagian utama mengandungi khasiat. Digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat penyakit kelamin, sakit perut, demam, demam malaria , menurunkan suhu panas, sakit pinggang, sengal-sengal dan masalah cacing bagi kanak-kanak.

akar-seruntun4

Ada sesetengah orang kampung menggunakan akar seruntun untuk memisahkan anak dengan botol susu atau susu dada. Caranya, sapukan keratan pokok ini ke puting botol susu atau puting buah dada ibu. Rasa pahit pokok tersebut membuatkan kanak-kanak serik untuk hisap botol atau nak menyusu lagiā€¦.

akar-seruntun2

Jika anda petua lain menggunakan akar seruntun ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :24185

One comment

  1. dulu masa zaman saya budak-budak ayah dan mak saya biasa akan gunakan akar seruntun ni untuk mengelakkan ayam dan itik mereka daripada terkena penyakit hawar.
    caranya rendam akar seruntun ni dalam bekas minuman ayam dan itik. Alhamdulillah, kalau ayam orang lain habis satu reban diserang penyakit hawar, ayam dan itik mak ngan ayah saya masih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam