Ketumpang air

ketumpang-air
Ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucida merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Ia kadang-kadang tumbuh di tepi pasu bunga atau boleh ditemui di tepi-tepi longkang. Tentu anda juga biasa jumpa pokok ini di kawasan rumah anda. Pokok ini dahulu memang tidak dijumpai di halaman rumah saya, namun sejak hujan yang kerap bulan yang lalu, tumbuhan iniĀ  sudah mula banyak tumbuh di tepi-tepi pasu dan di bawah lindungan pokok. Sebenarnya, sudah lama saya mengetahui akan kegunaan pokok ini tetapi tidak pernah pula saya mencubanya. Pokok herba yang lembut ini memang boleh dibuat ulam atau sayur tumis, namun sehingga kini saya belum pernah lihat sesiapa yang pernah memakannya. Jika anda pernah mencubanya harap kongsikan di sini.
ketumpang-air2
Selain dijadikan ulam, khasiat perubatan tradisional juga tidak kurang hebatnya. Tumbuhan ini boleh dikisar bersama akarnya sekali dengan air masak. Setelah ianya hancur, kemudian di tapis dan air rebusannya boleh diminum. Jusnya dikatakan dapat merawat cirit-birit dan jangkitan pada pundi kencing. Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala. Sejauh mana amalan ini diamalkan, saya sendiri kurang pasti. Sila dapatkan nasihat doktor!!

Number of View :12784

7 comments

  1. O namanya ketumpang air.hehe dah lama sy cr apa nama tumbuhan ni.,.thanks..ya sy penah makan tumbuhan ni memang sedap sama rasa mcm syur manis@celor manis..ada lagi sama tumbuhan mcm ni bunga nya warna kuning cik abang tahu tak pa nama tumbuhan tu?

    thanks..

  2. oo gitu. nak cuba juga le makan. Tapi, macam tak confident je.. sebab tak pernah try. Nak test sikit jugak le. Boleh makan mentah kot???

  3. ada orang kelantan panggil pokok ni sebagai sirih tanah, mungkin berdasarkan baunya ada persamaan dengan bau sirih. ada kaitan untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.

  4. ….ianya telah terbukti dapat menurunkan paras kolestrol
    caranya ambil segenggam herb ini..bersihkan n blender kesemuanya dengan segelas air mineral/non klorin air

    dijadikan minuman harian/sekrg krgnya 3x sminggu

    test darah b4 n after

    insyAllah …mustajab
    dari Allah kpd allah jua

  5. Saya pernah makan, buat salad, letak dalam sandwich, rasa dia memang rasa sirih yang very mild, tapi sedap, buat ulam makan dengan nasik pun sedap, memang masa mula-mula nak makan tu tak berapa confident tapi bila dah test memang sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam