Kerabu Bunga Betik

Bunga yang didapati dari betik jantan ini amat disukai orang ramai. Rasanya yang pahit mampu meningkat nafsu makan. Jika anda mahu menghilangkan rasa pahitnya, terlebih dahulu dicuci sambil diramas dengan air garam. Sedap dimasak sebagai tumis, kerabu atau dibuat sayur berkuah santan.
Di sini saya nak berkongsi untuk buat kerabu betik.
Bahan-Bahan:
1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, sedikit udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, asam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Kaedah:
Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk). Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali. Masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8988

8 comments

  1. tak tahu pulak bunga betik jantan boleh d buat masakan
    selama ini kalau ada pokok jantan ni..awal2 mesti dah kena tebang…

  2. Salam.. Kata orang tua, cara untuk mengenal jantina pokok betik ialah dengan melihat akarnya semasa masih kecil, kira-kira tinggi sejengkal. Jika akarnya bercabang, ianya pokok betina dan sudah pasti akan menghasilkan buah. Manakala jika akarnya tunggal tidak bercabang, ainya pokok jantan. Wallahualam..

  3. hehe.. pucuk betik x makan kew? sedap pe wat sayur air.. x pown rebus je pas2 cicah dgn smbl tempoyak..

  4. blakang dpur sye penah tmbuh pokok btik jantan ni,sye prasan sjak bbunga ada bau wangi jer.jiran sye pnah bagi urap bunga btik jantan ni+pucuk…rase pahit2 tp sdap.

  5. pokok betik biasanya, mengeluarkan bunga betina, bunga jantan dan bunga kunza pada setiap pokok, buah betik dihasilkan oleh bunga betina dan bunga kunza sahaja, peranan bunga jantan ialah untuk debunga. saiz buah betik dari bunga kunza biasanya lebih besar dan berat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam