March 29, 2024

Cahaya adalah punca tenaga diperlukan bagi mengekalkan proses hidupan di dalam ekosistem. Bagi tumbuhan, cahaya matahari merupakan komponen utama dalam menjalankan fotosintesis. Fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada cahaya matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Fotosintesis melibatkan penggunaan proses karbon dioksida, air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks serta gas oksigen. Dalam proses ini, tenaga cahaya matahari ditukar menjadi atom-atom di dalam molekul gula. Karbohidrat (gula, kanji, glukosa) disintesiskan dan tenaga tenaga dihasilkan.

 

Kuantiti dan kualiti cahaya mempengaruhi pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya merangkumi intensiti cahaya, jangkamasa penerimaan cahaya manakala kualiti cahaya melibatkan panjang gelombang cahaya dan arah cahaya diterima oleh tumbuhan. Kualiti cahaya, intensiti cahaya dan jangkamasa penerimaan cahaya adalah penggalak pertumbuhan pada tumbuhan normal. Intensiti cahaya adalah penggalak yang paling kritikal terhadap proses fotosintesis.

 

Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan kehadiran karbohidrat yang disintesiskan. Dalam pertumbuhan batang, intensiti cahaya yang terlalu tinggi pula akan menghalang pemanjangan sel dan ini akan menghadkan pertumbuhan kebanyakkan tumbuhan peringkat tinggi. Manakala bagi pertumbuhan daun pula intensiti cahaya yang tinggi akan menyebabkan daun menjadi kecil dan tebal tetapi tumbuh lebat. Penerimaan intensiti cahaya yang rendah akan menghasilkan daun yang besar, tipis dan mempunyai epidermis yang tipis, bilangan palisad yang kurang, parenkima lebih berspan dan mempunyai lebih banyak stomata.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :20469

2 thoughts on “Kepentingan Cahaya Terhadap Pertumbuhan

  1. Tajuk yang bagus. Dulu2 blaja pembahagian physio pokok… atas tanah, bawah tanah. Kebanyakan org dok paham pokok.

  2. Saya masih tercari-cari ilmu tentang permusiman berbuah. ie mekanisma apakah yg triggers pokok buah seperti pokok durian berbunga serentak disetiap pelusuk negeri. Adakah faktor suhu purata?, angin? cuaca? panjang pendek siang hari? … masih misteri kepada saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam