April 19, 2024

terong-asam

Terung Asam

terong-pipit

Terung Pipit

terong-satut

Terung Satut

terong-telunjuk

Terung Telunjuk

Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :53236

63 thoughts on “Kepelbagaian Jenis Terung

  1. Terung asam sedap buat gulai lemak perut lembu, terung pipit di rebus dan di buat cicah sambal belacan,terung telunjuk di buat gulai masam tempoyak ikan patin manakala terung satut saya rasa ianya jenis terung asam.Manakala gambar yang satu lagi adalah buah jambu air. Ianya banyak terdapat di tebing sungai Pahang.

  2. Berbagai jenis terung, dan berbagai juga kegunaan dan cara / jenis masakan
    1. Ulam mentah
    2. Ulam di rebus
    3. Pajri
    4. Lain-lain sebagai campuran masakan

  3. Terung asam ni kalau di Sarawak di panggil Terung Dayak. Tak tahu apa sebabnya. Terung ni kalau buat sambal pun sedap. Terung yang dah masak dibakar terlebih dahulu kemudian dicincang and sediakan sambal belacan dan masukkan terung tadi. Bagi la sedikit perasa seperti aji, garam dan gula. Atau masak asam ikan lumek salai dgn terung ni. Memang best.
    Terung pipit saya tak minat makan tapi ada sesetengah orang dibuat ulam.
    Terung satut tu rasanya jenis yang banyak biji, terlalu masam. Kurang sedap kalau di masak.
    Terung telunjuk pulak macam terung biasa je tapi memang jarang makan.
    Terung yang warna putih pulak tak pernah tengok.

  4. terung lain saya pernah tengok kecuali terung satut dan terung yg kat bawah sekali tu. very interesting. kalau masak kari kepala ikan x sah kalau x ada terung dan bendi.best!

  5. Masak asam pedas campur terung pun sedap. Satu lagi bakar terung lepas tu curahkan sambal atasnya lagi sedap. Inilah masakan kegemaran suami saya.

  6. betul tu encik mohamad idris tapi setahu saya untuk sakit uluran, xtahu kenapa tapi mudarat. siapa yang ada pengetahuan perubatan boleh kongsi

  7. slu jumpa trung2 ni. p plg suka terung asam. nora,ktk org swk ka? rindu asa mok mkn trung asam masak ngan ikan lumik salai…yuummm…sedap. x sbr mok balit swak tok eh…..;)

  8. Salam buat semua,

    Terung satut & gambar yg last tu x pernah tengok.Terung memang sedap dibakar,campur dalam masakan ,dibuat sambal dan ulam ,tapi kalau ada masalah kulit x digalakkan memakannya.

  9. Terong memang sedap dibuat ulaman dan terong asam sedap dibuat sambal atau masak lemak.
    Gambar akhir tu rasanya bukan terong, kalau diamati bentuk daun dan buah ianya daripada keluarga buah jambu.

  10. gambar 1 terung asam dari Swak boleh buat sambal belacan perlu di letak dalam bara api (kalau di Sarawak}istilahnya “dibembam”buang kulit sebelum buat sambal untuk asam pedas atau masak lemak ikan terubuk masin lagi best tapi perlu direbus dan jangan buang air rebusan
    gambar kedua terung pipit boleh dibuat sambal tumis tumis

  11. Terung pipit ni sebenarnya lebih sedap masak sambal tumis. Dah lama tak makan…

    Terung asam tu sedap masak gulai dengan ikan talang (masin). Setengah org tukar dengan nenas selain terung

  12. 1. Terung satut tu dipanggil juga terung asam yang sedap dibuat sambal belacan. Tetapi perlu masak ranum.
    2. Terung pipit atau dipanggil juga terung rembang atau terung belanda orang kata sedap dibuat sambal tumis..
    3. gambar yang bawal sekali tu macam gambar jambu mawar. spesis jambu air tetapi baunya harum dan manis isinya..

  13. gmbar yg last tu serupa dgn jambu mawar.. daunnye nmpak jenis dri keluarga jambu2 air.. klau keluarga terung biasanye daunnye ada mcm berbulu skit..

  14. salam.
    terung satut tu klu kat tempat saya dipanggil terung bulu.kulitnya disaluti bulu yang agak tajam(macam misai yg baru dicukur….hehe)….Rasanya masam.biasanya dibuat air asam cicah ikan bakar

  15. salam..
    memang ada banyak jenis terung ada bulat lonjong,bebeza saiz ,warna dan rasa.ada yang ditanam dan ada yang tumbuh meliar,terung putih memang ada (nama tak tau) biasa dibuat ulam saja.Gambar tu bukan la gambar terung putih TAPI SEAKA-AKAN saiz nye besar sikit darpada terung pipit.saya pun x de gambar,terung satut tu mingkin terung bulu la kot…tumbuh meliar kat kebun2 sawit baru.

  16. terung memang ada pelbagai jenis. terung pipit tumbuh liar. bau yg kurang sedap…. terung boleh masak dgn mengukus dan bakar. nnatural tast .gambar5-jambu air. terung asam kalau dah cukup masak boleh makan terus. kalau kurang masak-gatal. terung asam ada yg warna ungu. gambar terung satut tu terung asam. terung bulu besaiz besar sedikit dari terung pipit dan berbulu. tumbuh liar…. tq..

  17. saya hanya tahu terung asam n pipit
    kedua-duanya boleh dimasukkan dalam masakkan sambal tumis

  18. Mengikut petua orang tua, apa apa je terong kalau di makan dengan petai,……hilang bau petai yang menyengitkan tu! Maksudnya bila kita buang air kecil/besar, bau petainya hampir tiada. Cubalah, mudah-mudahan, terung dan petai punya pasaran serentak lepas ni!

  19. ada lagi terung yg tak disenaraikan iaitu terung susu kambing.. bentuknya sepertu jambu air tetapi mempunyai beberapa bentuk seperti puting susu kambing. Bewarna kuning apabila masak dan terung ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
    Satu perkara lagi….. adakah kecubung itu merupakan salah satu species terung????

  20. Pantang no 1 saya terung … kalau makan mungkin kena hantar ke hospital. angin pasang ….

  21. setahu saya, gambar yang bawah sekali tu buah jambu mawar, kalau tak salahla. jambu ni bijinya 90% lebih dr isinya. Isi nipis shj. Bau nya macam mawar sbb tu digelar jambu mawar. Sebab lain pula, daunnya bukan jenis terung.

  22. Rasanya gambar yg kat bawah sekali tu bukan terung kot. Macam jambu mawar. Bau buah bila digigit, wangi… sesetengah orang memang tak lalu nak makan buah tu sebab bau dia… wangi sebab tu dipanggil jambu mawar. Tengok gambar daun pun rasenye memang betul jambu mawar… saya pernah makan masa kecik dulu… lebih kurang 30 tahun lepas la….

  23. salam. Gambar yg last 2 bkn spesis terung laa. Tu namanya jambu sungai. Kalau nk tengok blh lh gi kt tmn negara k.tahan. Pokok dia byk di spjg tebing sungai. Kt lubok simpon pun ada. Blh dimakn buahnya. Tp tk blh byk2. Nanti pening pl. He2.

  24. salam. gambar yg bawah tu bukan terung tapi jambu mawar yg banyak tumbuh kat tebing2 sungai.Terung pipit kat sebelah utara ni dikenali jg sebagai terung belanda atau terung ceweng.Terung susu kambing tak ada dlm gambar2 diatas.Bentuk terung ni unik.Ia digunakan dgn meminum air rebusan untuk melegakan sakit berkenaan tekak dan asma juga bagi melegakan selesema.

  25. Banyak lagi jenis2 terung ni. Kat belakang rumah skrg ni sy tengah buat koleksi terung2 comel (terung2 yg bukan komersil). Ada yang bulat kecil, ada yg kurus panjang. Ada wrn putih,hijau pucat, belang hijau putih, ungu dll. masih mencari jenis2 lain untuk tambah koleksi. Sape ada maklumat kongsi-kongsilah… TQ.

  26. Ada tak benih terung-terung tersebut.. saya pun tengah buat koleksi terung dan sayur-sayuran tradisional yg lain.. bolehlah kita tukar-tukar… Fatir duduk mana?

  27. Ada satu lagi jenis terung yang tertinggal iaitu Terung Ranti. Orang ditempat saya panggil juga sayur meranti. Teringat saya satu artikel yang pernah saya baca tentang terung ini. Terung, kesemua jenis, adalah termasuk dalam kumpulan tumbuhan yang orang di barat sebut sebagai Nightshades. Lain lain sayuran dalam kumpulan yang sama adalah Tomato, Kentang dan cili (lada) Nightshades telah terbukti boleh menyebabkan sakit-sakit sendi arthritis kepada sesetengah orang. Baca lebih lanjut disini http://www.noarthritis.com/nightshades.htm

  28. Gambar di bawah rasanya bukan daripada spesis terung. Ia lebih mirip jambu mawar daripada rupa buah dan daunnya.
    Walaubagaimana pun semua jenis terung di atas menaikkan selera makan saya. Kalau boleh dikumpulkan resepi masakan terung adalah suatu usaha yang baik untuk digunakan generasi muda sekarang.

  29. betul..seperti en ahmad saffri,buah yg warna putih 2 ialah jambu air. sy pernah makan buah 2,buah 2 biasanya tumbuh di tebing2 sungai.

  30. gmbr yg akhir tu gmbr jambu mawar… sdp rasanya dan wangi… sy suka mkn… bila msk rasanya manis dan bau mcm mawar je… tpi kalau msk sgt .. byk ult lak….. terung asam mmg best kalau msk dgn perut lembu… kndri kawin kat kg2 di phg spt derah bera dan triang selalu wat menu msk perut dgn trg asm ni … pepaleh sedap weh…. try le…

  31. Salam;
    sdr fadly Pasal terong asam yang gambar teratas tu memang dah terong asam,tetapi adalagi terong asam warna nya sama pada yang gambar tu,tapi beza sais nya besar sedikit,kemudian buah nya diseliputi bulu bulu nya seakan miang pada rebung buluh kalau hendak menggunakan nya untuk membuat asam sambal, ia nya mesti dibakar di api yang sedang nyala.Keenakan rasa nya lebih daripada yang ada pada gambar yang dihantar tu.pokok terong asam tersebut selalu tumbuh sendiri ditempat hutan yang baru di bakar,saya selalu mengambil benih nya untok ditanam di halaman rumah tapi tak berhasil,hairan juga saya .setahu saya tiada lagi asam sambal yang dapat menadingi nya.pada peniaga peniaga kedai nasi ingat lah sambal bolih menawan hati pelanggan.sekian terima kasih.

  32. Gambar yg last sekali tu jambu mawar. Buahnya manis harum wangi mcm mawar. Sekarang susah nak jumpa jambu ni.

  33. saya sebenarnya hanya mengenali terung berwarna ungu berbentuk bulat dan panjang. apabila saya dihantarkan terung jenis baru agak terkejut sedikit. saya tidak sangka
    ada terung jenis lain yang boleh di makan….

  34. TERONGI-PIPIT2
    SETANGAH ORANG DISEMPADANG RANTAU PAJANG KEL. SUNGAI GOLOK IANYA DIPANGGIL BUAH JAMBU AIR. KEBIASANYA IA BANYAK TERDAPAT DI TEPI2 SUNGAI SEMPADANG NEGARA.

  35. salam,
    ada lagi terong, nama sebenar sy tak tahu,saya panggil terong bulat, sebesar bola pimpong atau buah manggis. warna seperti terong telunjuk putih tompok hijau… bila tua kaler oren… sy ada tanam..

    gambar bawah tu kat kampong sy panggil jambu air…. tumboh ditebing sungai… masa kecil tahun 70an sy selalu mandi kat sungai Lipis dan selalu makan buah jambu ni…. sesuai buat umpan pancing gak…

  36. salam. ada lagi terong sama besar dengan terong pipit tapi kulitnya halus dan boleh dimakan mentah atau ditumis dengan tauhu atau tumis dengan oncom. Namanya leunca.

  37. biasenye sy akan beli je terung yg kaler purple (samada bulat or panjang) kat pasar mlm or pasar tani untuk dibuat sambal merah ataupun dibakar..terung ni memg sedap dimakan,tapi mak sy ckp kalo org sakit urat,xbleh mkn..nti bertambah sakit..yg spesis lain tu memg sy xpernah mkn..kalo terung pipit tu mase kecik2 dulu wat main pondok2 je..hehehe..

  38. Terung tempatan paling besar yg pernah saya temui berwarna putih , bujur. Sedap letak dalam kari atau buat sambal. Tapi all time favourite ialah terung ulam sebesar bola pingpong bulat2, warna putih bercorak hijau..sedap bila dmakan dgn nasi panas2 + kicap dan ikan goreng.. ringkas tapi berkhasiat. Yang tak tahan ni semut merah suka sungguh kat pokok terung…
    Aza, memang betul. Sesiapa yang ada arthritis dan sakit2 sendi , di antara makanan yang patut dielakkan adalah dari solanaceae family..termasuklah terung, kentang dan cili (lebih2 lagi capsicum).

  39. mgu lepas sy berkesempatan ke pekan sehari di Temerloh..dh jmpe pun terung telunjuk tu..pnjg nye dlm sejengkal je lbh kurang..direbus sebagai ulam @ dimasukkan ke dlm asam tempoyak ikan patin.
    Kakkerkup ~ thanx bitau pasal mknan2 pantang untk org yg sakit sendi n arthritis..mudah2an leh kongsi dgn rakan2 yg lain..

  40. Untuk gambar yang last tue..saye rase itu jambu mawar..bukan terung…sebb rupa bentu buah dan daunnya…Cubalah cerita pasal jambu mawar pula..sedap dan wangi

  41. Haha…gambar yg no.2 tu – terung pipit, tp kat kampung sy Negeri Sembilan panggil terung rembang/gelimbang.Apa yg menariknya kami masa kecik2 dulu, buah terung tu dijadikan ‘peluru’ bila bermain senapang papan.Mmg best sebab klu kena tembak pun takdelah rasa sakit sgt.

    Terung telunjuk pulak biasanya emak sy buat masak lemak cili api+ikan.Tak kisahlah apa2 jenis ikan pun.Perghhh…Tak jumpa sy lg makanan mcm tu kat KL nie.Syahdu beb…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam