Keladi Merawan

keladi-merawan

Hari cuti hujung minggu yang lalu.. saya sempat pulang ke kampung. Kebetulan ada pula pasar tani pagi tu.. Jadi sempatlah jalan-jalan sambil cuci-cuci mata melihat macam-macam barang yang dijual.. termasuklah hasil-hasil tani orang kampung. Saya terpandang dan terjeling sejenis sayur yang jarang dijumpai sebelum ini. Apa lagi.. terus aku bertanya kepada tuan empunya gerai tersebut. Setelah selesai menjalankan Edisi Siasat dan sesi Pos mortem barulah aku tahu yang sayur tersebut disebut sebagai  Keladi Merawan. Sayur tersebut tidak ditanam, sebaliknya tumbuh liar dan biasanya banyak terdapat di tali-tali air atau di kawasan sawah padi. Bagaimana pula cara nak makan? Mudah saja.. Biasanya ia direbus atau dicelur..  kemudian bolehlah dicicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Memang sesuai sangat kepada yang suka makan ulam-ulaman.

keladi-merawan2

Oleh kerana.. saat dan ketika itu.. saya tidak membawa kamera semasa kejadian itu berlaku. Maka, saya terbeli juga sayur tersebut semata-mata nak ambil gambar. Nasib baik tidak mahal, harga seiikat baru mencecah RM1 sahaja. Lepas ambil gambar terus masuk peti sejuk.. Tak sempat pulak nak rasa. Tak tahu apa dah jadi dengan sayur tersebut. Mungkinkah… ketika aku sedang menulis artikel ini..¬† sayur tersebut sudah dihadamkan atau mungkin menjadi penghuni tong sampah..

Kalau anda ada cerita ingin dikongsikan mengenai Keladi Merawan ini, harap dapat dikongsikan bersama.. atau anda ingin berkongsikan resepi masakan Keladi merawan, saya amat alu-alukan…

Number of View :18787

71 comments

  1. lamo dh tk makan pucuk paku rawan ni. rasonyo sodap. pku rawan ni boleh jumpo dokat kwsn berair atau berpayo. selalunyo den celur sekojap baru mkn buat ulam.

  2. tempat kami ulam ni dipanggil bunga keloyok. Sedap dibuat ulam cicah sambal belacan dan dibuat kerabu campur tauge…ulam ni tumbuh di kawasan berair…

  3. biasanya keladi jenis ni mmg byk kt kwsn berair/bpaya. klu fmili saya, keladi ni dimasak bersama2 dgn ‘midin’ & paku pakis (bdaun). masak tumis belacan… sedap dimakan dgn nasi panas dan ikan goreng

  4. salam. Sebelah utara namanya pokok paku rawan.Banyak kedapatan dikawasan paya atau taliair yg berselut.Selain bolih dibuat ulam dgn dicelur terlebih dulu ia jg bolih dibuat kerabu campur kerang.Kata orang lepas makan paku rawan ni kita akan sakit urat sal angin atau sejuk..

  5. kt tmpt aku bnyk. tu lh dia tumbh kt kwsn brair. blh d buat sayur. celur skejap je. mula2 potong la. goreng kring dgn udang sungai.of course la bwg mrh n sos tiram pnambah slera.fulamak nyaman kata org swak.

  6. sama juga di tempat lain.tumbuhan nie banyak tumbuh di kawasan tali air dan kawasan sawah padi..di sarawak bangsa iban memanggil tumbuhan nie ‘ lagung’ emm…mmg sedap kalau di buat ulam..

  7. kat tempat saya (Sungai Panjang) dipanggil centongan (bahasa jawa) memang sedap dibuat ulam atau masak lemak…

  8. Assalamualaikum…. memang di sebelah utara banyak pokok paku rawan, saya tak pernah makan lagi setakat ni sebab saya bukan orang utara. Kata orang sebelah utara, buat sayur, mungkin juga seperti pokok keladi lain yang boleh dijadikan sayur, terima kasih.

  9. yeke keladi merawan…bukan ada orang panggil asparagus ke…(panggilan keluaga saya kot…hehe..)
    kalau pergi pasar tu adala nampak orang jual….bila tanya emak macam mana nak makan makpun tak tahu..tak pernah makan…skurang-kurangnya saya dah tahu sekarang nak buat ape sayur tu….tq semua yang beri rspond….

  10. Salam.
    Saya juga suka sayur ni. Dulu kat kg banyak dalam sawah atau tepi parit. Sedap dicelur dan biasanya buat pecal atau kerabu campur dengan taugeh, pucuk paku, kangkung, pucuk ubi dan tauhu. sedapnyee…

  11. Paku rawan empunya tumbuhan.Tumbuh liar dikawasan berair so banyak lintah dan pacat berkeliaran. Kalau tak mau digigit lintah dan pacat beli je kat pasar.Selain dari ulam, kerabu paku rawan sangat enak dicampur bersama mas,akan pecal ( kuah kacang ,tauge,nangka,pucuk paku,kobis) Paku rawan yang telah dicelur tidak tahan lama kerana cepat busuk dan berlendir. Disyorkan makan selepas dicelur.

  12. Salam Semua,
    Pernah lihat dipasar tapi tak pernah makan.Satu hari nanti mesti cuba jugak, sayang kalau x cuba kan…..

  13. Assalamualaikum.

    D tmpt saya(sbg.perai) tmbuhan ni dpanggil paku rawan.
    X tau kenapa dikaitkan dgn paku-pakis sdgkan daunnya
    mirip keladi.Pernah buat ulam dan kerabu.Belum cuba msak lemak. Lemak putih ke lemak cili padi. Tentu sedap kan?

  14. sedap di celur dan makan dengan sambal. boleh juga di buat kerabu dan campur dengan kerang rebus yang sudah dikopek. tumis dengan udang kering pun sedap tapi kena campur lada sulah sebab sayur ni sejuk sikit.

  15. Assalamualaikum,

    pernah makan dgn sambal belacan lepas makan saya terasa gatal2 dlm kerokong.

  16. Saya pernah makan ulam ni. Nak kata sedap, tak juga. Rasanya macam ulam la. hik. Tapi memandangkan saya suka test makanan baru, tu yang cuba.

    Memang banyak kat kawasan tali air atau sawah. Sebelum ni memang ada saya pernah nampak pokok ni, tapi tak pernah pula nenek atau mak saya buat ulam. Mungkin di kawasan saya, pokok ni kurang dikenali sebagai ulam, tapi pokok yang mengganggu saliran air saja.

  17. sayuran ini banyak terdapat di tempat saya (Kuching Sarawak) bagi kami masyarakat bidayuh sayur ini dicelur dulu dan ditumis dengan bahan asas tumisan dan masukkan air asam jawa dan gula sikit.selain itu ia juga dibuat ulam.

  18. zaman kanak-kanak saya pernah makan keladi ni, masa tu nenek saya yang sediakan , memang sedap dibuat ulam .

  19. orang kat yala ni panggil keladi ni keladi sesenduk ,kerana daunnya bulat macam senduk. eh…sedap sekali buat keng-som ( sayur macam pedas)
    cubalah kalau tak caya gat…..
    syarat antara bahan unt.keng-som tu kasi air asam jawa biar pekat dan masukkan belacan dan bawang putih serta kunyit hidup ,lepas tu masukkanpula lada hitam dan lada burung -jika mau pedas. campur keladi ni dengan ikan puyu atau ikan sepat yang besar 2-3 jari tu…masuk sama buah betik .wau…sedapnya…

  20. hi, kalo tak silap keladi merawan nie, ditempat saya (Tawau, Sabah) dikenali sebagai ‘kelor’. agaknya la (atau ada nama lain)…pasal tak berapa ingat nama sayur nie. sebutan (k- lor). sedap kalo ditumis kering dengan udang kering dan cili api…orang-orang tua pesan, jangan amik pucuk kelor semasa dan selepas hujan, memakannya akan menyebabkan sedikit pening kepala…sesiapa ader migrin..No..No..No..jgn sesekali makan hidangan ini… bole tumbang dibuatnya..hehehe

  21. kat kampumg aku orang panggil keladi senduk. sebab daun dia macm kepala ular senduk kot. sedap dibuat gulai lemak dan ulam…

  22. Di tempat saya sayur ni dipanggil selimpat. Biasanya dicelur dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayuran pecal. Mungkin jika anda menginap di home stay Sungai Pasu Raub, anda boleh minta pecal selimpat ini.
    Biasa juga daun dan batangnya dipotong dan campur dedak padi dibuat makanan itik.

  23. macam2 namanya ye.paku rawan ni memang la sedap. buat ulam,tumis cili padi +belacan,masak lemak,campur dlm pecal n macam2 cara memasaknya.da lama x masak sebab kurang masa terluang.

  24. bnyk ditemui di tpt berair n ada djual di pekan sari. x brani memakanny tp tnm utk hiasan dlm pasu air. mati. tnm. mati. tnm lg. skrg x pduli coz bz n blh amik lg kt parit hujung kg tu…

  25. Masa dok kg dolu,sayur ni x jeling pun sebab banyak kat bendang & parit2 tepi kg….Tp bila tgk kt bando,deme ikat cantik2…terbeli jg teman akhirnye ,3 ikat $2….buat goreng belacan macam kangkung,xsedar teman menambah nasi …..

  26. salam semua…barula saya tau nama dia..sebenarnya kat dlm parit depan rumah ada tumbuh.. kebetulan “bibik” along saya datang dan dia rebus tak silap saya..yela, mkn dengan sambal belacan..cuma da lupa apa nama tumbuhan ni dipanggil kat Indonesia sana.. Bibik ada sebut, lupa la pula..

  27. salam,
    saya slalu jumpa sayur ni masa tolong mak buat sawah di tambunan, sabah masa kecil2 dlu, kat sna b’lambak, kat mana2 blh jumpa, subur pla 2.. sy suke masak tumis kering + ikan masin utk mkn tghari.. sedap, da keje jauh sy ada gak cari tp tk jumpa, rindu pla nk mkn. klu nk cari pn kat kedai cina tp da siap masak.. tp btl sayur ni klu mkn bnyk sgt blh pening kpala klu tk biasa..

  28. dikelantan namanya keladi senduk. orang kampung selalu buat kerabu campur perut lembu.cukup enak apabila dimakan dengan nasi yang masih panas. keladi senduk tumbuh meliar dalam sawah.cantik bila bunganya kembang.

  29. Tempat saya (kuala kangsar) sayur ni dipanggil kemelin. bagi yang suka makan ulam sedap le kut.. tapi pada saya banyak lagi ulam yang sedap daripada paku rawan ni..

  30. ni adalah slah satu perosak sawah padi. keladi senduk.kat tempat saya x pernah orang kampung makan, mereka yang mengusahakan padi sengaja meracun pokok ini.

  31. Salam
    Di tempat saya panggil paku rawan. Sedap kalau dibuat kerabu. Kalau buat ulam rasa biasa je.

    Tapi x elok sgt makan kerana mudah sakit urat, lenguh2 badan.

  32. wadoi,sedap ulam ni. tmpat sy,bentong..mk mertua panggil kelayau..sejak duduk ngan mk mertua byk sy belajar ttg ulam.. …panaskan air dlm periuk dulu..dh mengelegak air tu baru masuk sayur kelayau ni..nk berkilat masuk 2/3 titik minyak masak..klu air x mengelegak bole rasa gatal tekak..spesis keladi ni kan,adala getahnye..

  33. Assalamulaikum

    Kalau di kampung/bandar dimasak lemak sedaplah tapi saya tak pernah mencuba. Di kampung saya pokok ni hidup dalam parit dan saya ada mengambilnya untuk dibuat hiasan untuk makanan ikan belaan dan labi-labi.

  34. KAT KEBUN CILI SAYA ADA PENAH TERJUMPA SAYUR NI DI CELAH2 PARIT IANYA TUMBUH..KALU TAK SILAP ADA SALAH SEORANG PESERTA SAYA MENGAMBILNYA N BERKATA IANYA SESUAI UTUK UBAT RUAM2 GATAL BADAN..

  35. Tq utk mklmt psl kladi merawan ni.Ianya trt dikenali sbg paku rawan d sstgh tmpt.Saya biasa makan sayur ni, rasenya not bad tp saye krg suke.Kebiasaannya, ianya di rebus dan dicicah dengan sambal belacan dan boleh juga dibuat kerabu serta digoreng spt kangkung goreng blcn.Menurut kate org2 tua d kmpg sayur ini sesuai dimakan brktn mampu menyejukkan bdn.

  36. Lepas baca articleni baru saya tahu keladi yg disekeliling kolam ikan saya tu keladi merawan yg boleh dimakan. Biasanya saya cabut dan buang saja. nak cuba buat kerabu macam kerabu buah beko. pasti sedap.

  37. keladi merawan tu kalau di Pontianak namenye genjer. masaknya setelah dipotong2 lalu diremas dengan garam agar rasa pahit dan kelatnye hilang. setelah itu tumis dengan bawang putih, bawang merah, udang ebi, terasi dan cabe besar dengan minyak. kalau yang biase makannya enak, sayur ini enak dimakan dengan nasi anggat dan ikan asin. selamat mencoba

  38. masak ape pun sedap keladi ni,kalu nak try rebus dan cecah dengan sambal budu/peda pasti terangkat hi..hi.Ianya banyak terdapat kat kawasan yang berair/paya.Tempat saya (Jtut)panggil keladi itik tak tau le nama sebenarnya,banyak sangat gelaran yang diberi.

  39. Masa kecik dulu semasa membuat kerja merumput kat sawah, Wan den selalu suruh kutip benda ni. Den tak tahu namanya tapi sodap buek masak lomak cili api campur ikan keli.
    Di tompek den panggil keladi layar kot.

  40. hehe..banyaknye gelaran pokok nie, nama glamour dia paku rawan le kot sebab saya pun panggil paku rawan jugak tapi rasanya nama keladi rawan lagi sesuai sebab rupa dia memang macam spesies keladi takde langsung rupa spesies paku-pakis. Kat kebun saya pun banyak tumbuh..memang dia suka tumbuh tempat berair/berpaya. Saya selalu buat ulam cicah sambal belacan dan sesekali buat masak lemak cili api tapi kena celur dulu dan buang air pahitnya barulah ditambah santan dll…cuba la..memang sedap bagi peminat sayur macam saya.

  41. erm,mcm penah tgok..tp ingtkan xleh mkn..hahaha.tumbuh di paya ataupun kwsn yg berair..tp seingat sy memg xpernah rase mkn benda ni..

  42. Salam…1st time join…sronok baca komen2 d atas, saya pn nak kgsi crita atau apa2 info dgn smua nnt, tp ari ni nak ucap syabbas je pd en.fazlisyam krn usahanya mncari dn brkgsi mklmt ttg tmbh2an yg kdg2 kita tnm kliling rmh, kita mkn buahnya, kita buat ulam daunnya tp xtau namanya. Tahniah, truskn usaha anda. Saya xprnh merasa jemu melayari website anda krn minat dgn brcucuk tanam…skg ni saya tnm pkk herba dn sayur dlm pasu je…xde brmain ngan cangkul.

  43. Di Indonesia tumbuhan ini diberi nama “genjer”. Merupakan tumbuhan air dengan berbagai jenis. Yang paling disukai adalah “genjer padi” dengan bentuk daun yang lebih kecil dari yang ditampilkan pada gambar. Teknik memasakknya terlebih dahulu dicelur dengan air panas baru kemudian diolah seperti ditauco, ditumis, atau sebagai bahan campuran pecal. Bagian yang paling disukai adalah bunganya yang belum mekar (bulat seperti sendok). Untuk menghilangkan langu pada sayuran ini juga dapat menggunakan garam yaitu dengan cara meremasnya, baru dicuci dan kemudian siap untuk diolah. Sayuran kampung ini memiliki nilai gizi yang cukup lumayan. Selamat mencoba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam