March 19, 2024
daun-durian Siapa kata daun durian tiada gunanya. Saya baru terjumpa email yang telah lama saya terima dari makcik yang berusia 54 tahun. Memang petua ini menarik untuk anda ketahui dan mencubanya sendiri. “Ibu saya pernah mengamalkan air ramasan dari daun durian untuk dijadikan bahan pelembut kuih, ianya amat nyata sangat baik dan kuih tersebut tetap lembut sampai keesokan harinya dengan tidak payah menggunakan baking powder. Petua ini diambil dari datok ibu saya yang suka membuat kuih ” pekaras “. Pernah suatu ketika ibu saya mengambil biji durian pula dihiris setelah dikupas kulitnya, dijemur,sampai cukup kering kemudian dikisar dan disimpan dalam balang dan terus digunakan sebagai pelembut kuih.” Kiriman E-Mel: masniayu @ gmail.com daun-durian2 Jika anda mencubanya dan mendapati kuih anda tidak lembut atau keras macam batu jangan salahkannya saya pulak. Mungkin air tangan anda sudah semulajadi tidak sedap
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21630

30 thoughts on “Kegunaan Daun Durian

  1. Salam,
    Satu petua/penemuan orang-orang lama yang baik dan wajar kita berikan perhatian. Saya juga sedang memikirkan sesuatu (produk-produk sampingan) daripada bahagian pokok dan buah durian tapi masih tak jumpa klu. Mungkin petua ini boleh membantu.

  2. Tq di atas info yang berguna ni. Saya belum pernah dengar dan mencubanya…. tengok saya akan mencubanya dalam masa yang terdekat ni serta akan memberi maklumbalas nanti.

  3. hi,salam untuk anda,saya tak pernah guna pertua ini,tetapi saya akan cuba buatkan.terima kasih atas info
    ini.

  4. emak saya guna air ramasan daun kekabu untuk merangupkan kuih karas dan membuatkannya tahan lebih lama…

  5. Salam buat semua,
    No harm in trying petua ini, kalau betul jadi boleh beritahu kawan-kawan dan saudara-mara.
    TQ

  6. assalammualaikum to all.saya baru je dlm blog ini so saya amat gemar dalam info ini.kalau boleh saya nak info mengenai penanaman tumbuhan cara bioteknologi.

  7. terima kasih saudara kerana mengirimkan petua yang amat baik sekali. rasanya memang semua orang tak tau petua ni. InsyaAllah akan dicuba petua ni. Klu benar menjadi, patut disebarkan kepada semua orang petua ni. Terima kasih sekali lagi

  8. sam, daun durian ngan biji durian tak ada bau durian, yang berbau tu……… isiiiinyaaaa…..

    patut leee…. kalau kita makan biji durian rebus, perut akan rasa sejukk… macam jugak orang campurkan air soda untuk melembutkan kuih amboii…

  9. daun durian tak pernah tau apa-apa kegunaannya tapi kalau daun ubi salah satunya boleh digunakan sebagai makanan ikan terutama ikan talapia dan keli yang membolehkan daging ikan tu makin sedap

  10. Ya ke ,balik rumah nanti saya nak cuba,kalau berhasil tak payah lah beli baking powder,jiiimat….

  11. selain daripada itu daun durian ini juga boleh jadi penawar kepada sakit demam panas…caranya ambil beberapa helai daun durian dan ramas2,masukan kedalam baldi dan siram dikepala pesakit itu…insyallah

  12. Tahniah dan terima kasih. Cuba dapatkan khasiat daun gelenggang. Masa saya di zaman kanak-kanak daun ini kamu gunakan untuk ubat kurap di kulit. Amaatt mujarab kerana masa itu di tahun 60 an tiada ubat-ubatan cangih.

  13. selain kegunaan 2, boleh buat lauk ke daun ni mcm bunganya, apakata seseorrg cuba goreng dulu lepas 2 kongsilah ramai2 tastenya

  14. tq dengan maklumat baru yang diberi,saya akan cuba bila ada masa yang terluang nanti.terimakasih juga atas kiriman email yang banyak beri info kepada saya.

  15. Terima kasih atas info yang baik..dan mungkin boleh dicuba utk dptkan kesannya. Selain daun durian biasa ni, daun durian belanda juga amat baik untuk pengidap demam panas. caranya ramas2 dalam air bersih sehingga keluar lendirnya dan lebih baik lagi campurkan dgn daun bunga raya warna putih (klu tiada warna lain pun boleh). Kemudian ambil ramasan daun ni sapu ke kepada dan seluruh badan pesakit demam tsb.

  16. daun durian juga mujarab untuk sakit kepala.daun durian diramas dlm air dan biarkan selama 1 jam. kemudian basuh kepala dengan air ramasan tadi higga terasa kekulit kepala, baik juga air tadi dibuat mandi untuk menurunkan suhu badan.kulit buah durian pula dapat mengawal pertumbuhan uban. caranya kulit buah durian dibakar dan abunya dijadikan macam syampu. guna 2 kali seminggu. selain dari tu abu tadi juga digunakan untuk merendam sotong kering bagi melembutkan dan menjadikankan sotong kembang.

  17. biji durian
    zaman budak2 dulu mak selalu rebus biji durian (tak cukup isi, biji pun bedal…) maklumlah dulu harga durian bkn mcm sekarang…sekarang RM5 dah dpt selonggok. Tapi awas semasa mkn bijinya pastikan mata tunas dibuangkan kalau tidak anda akan dijangkiti busul… (katanya lah….)

    kulit durian
    Arwah abah saya prnh mengalami sakit batu karang, tapi abah pandai mengubati sakitnya sendiri. Caranya ialah kulit durian kering dibakar, ambil abunya campurkan dgn air tapai beras…amalkan minum, ternyata mujarab, berkat kuasa Allah,batu karang tersebut akan pecah / hancur dan keluar semasa kencing (walau menyakitkan) selepas itu abah tk pernah mengalami sakit batu karang lagi.

  18. petua kurangkan panas badan lepas makan durian: letakkan air di ruas durian, lepas tu minum. 1 ruas sekali guna, insya-Allah berkesan

  19. Salam

    Saya baru dinasihatkan untuk meminum rebusan daun durian belanda untuk senang mendapatkan zuriat.

    Nak tanya, jika ada yang tahu mana saya boleh dapatkan daun durian belanda ni, minta email kat saya ok. hawa.marlene@gmail.com

    Terima kasih.

  20. Salam,
    kak, boleh mintak forward kan emel tu kepada saya?
    nak buat research sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam