March 19, 2024

Nama sains bagi kecubung ialah Datura fastuosa. Kecubung ialah sejenis tumbuhan beracun yang mempunyai nilai perubatan. Pohonnya renek dan berkayu. Kecubung boleh mencapai antara 0.5m hingga 2m. batangnya berwarna ungu tua semasa muda dan menjadi hijau apabila matang. Daunnya panjang, bujur dan lonjong serta bergerigi. Bunganya berwarna putih keunguan berbentuk corong dan panjang lebih kurang 15cm. Buahnya bulat berduri bergaris pusat 4cm, dan bijinya berwarna coklat kekuningan. Kecubung dipercayai berasal dari Asia atau Amerika. Tumbuhan ini boleh ditemui dikawasan lapang, dibelukar atau ditepi sungai.

Analisis kimia menunjukkan bahawa semua bahagian tumbuhan ini mengandungi alkaloid-alkaloid seperti hiosin, hiosiamin, atropin dan skopolamin. Bunganya mengandungi miosiamin dan atropin. Bijinya pula mengandungi hoisiamin, hiosin dan zat protein. Daun kecubung mengandungi hablur kalsiumozalat yang berbentuk bintang. Memang, sejak dahulu lagi kecubung dianggap sebagai tumbuhan utama yang menghasilkan hiosin. Sebatian ini merupakan bahan santiklolinegikum yang digunakan untuk merawat kejang otot.

KEGUNAAN DAN KHASIATNYA.

Walaupun kecubung sejenis tumbuhan beracun ia sebenarnya amat berguna. Semua bahagian tumbuhan ini dapat digunakan sebagai bahan ubatan luar. Orang melayu menggunakan daun kecubung untuk mengubati bisul, luka-luka dibahagian kaki, kebas-kebas, bengkak sendi dan penyakit-penyakit kulit. Caranya daun ini ditumbuk bersama beras berserta kunyit dan kemudiannya disapu pada bahagian yang sakit.

Bijinya ditumbuk bersama minyak dan digunakan sebagai ubat sapu bagi mengubati bengkak bernanah, bisul, demam campak dan kebas-kebas. Daun kecubung yang kering jika dicampur dengan tembakau dan dihisap seperti rokok boleh menyembuhkan penyakit resdung dan lelah. Air perahan bunga kecubung pula digunakan untuk mengubati sakit telinga .

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :8720

4 thoughts on “Kecubung – Datura fastuosa

  1. Dulu pernah berubat cara kampung untuk angin pasang mengunakan daun kecubung dengan ditumbuk daun sampai lumat disapu pada bahagian sakit.

  2. Daun kecubung yang kering jika dicampur dengan tembakau dan dihisap seperti rokok boleh mabuk seperti orang hisap ganja/dadah, kesian…. satu lagi bahan perubatan tradisi bakal jadi seperti daun ketum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam