Kecantikan Muka

terung

Semua wanita inginkan wajah dan kulit yang cantik. Pelbagai petua digunakan bagi menjaga kecantikan muka. Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga kecantikan muka. Terung  dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka. Bagi yang pernah mengamalkannya, bolehlah berkongsikan testimoni anda di sini..

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. la baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol.  Dalam bidang kajian kanser pula, agen ‘antiangiogenisis’ yang terdapat pada kulit terung dikatakan mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. 


Number of View :8024

2 comments

  1. Saya panggil terung panjang,terung ni sedap dibuat pajri.Terung ni juga boleh dimakan mentah dicicah dengan sambal belacan atau sambal kelapa sedap juga pada yang suka berulam.Saya masih ingat masa kecil dulu emak berpesan kalau makan terung panjang jangan dibakar,katanya muka akan cepat berkedut macam terung yang dibakar tu.Entah le..betul ke tidak saya pun tak tahu tapi saya tak pernah pun makan terung bakar tu.

  2. Ini pun satu ilmu baru, baru tau terung elok untuk kulit dan jeragat. Wah bagusnya. Tak perlu beli alat solek yang mahal-mahal. Disekeliling kita pun boleh dapat dengan harga murah. Saya suka makan terung masak pajri, kalau bakar lepas tu buat macam pecal lagi sedap. Goreng dan buat sambal berlada pun sedap juga. Terung pun boleh buat masal lemak dengan udang hidup….sedap….kalau kat kedai makanan jepun, terung dipotong nipis, digoreng dengan tepung tempura, sedap juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam