Kayu manis

Banyak hidangan yang menggunakan kebaikan aroma kayu manis. Daripada makanan ringan seperti kuih, biskut, puding, minuman hinggalah masakan seperti kari. Kayu manis mengandungi penyebaran kimia yang bermanfaat seperti minyak pati yang berupa trans-kariofilena, eugenol, miristin dan masih banyak lagi. Komponen ini baik untuk membantu meredakan selsema atau masuk angin. Juga mengandungi antioksida semulajadi yang baik untuk menghalang radikal bebas dan melindungi tubuh dari penyakit degeneratif seperti kanser, diabetis dan penyakit jantung koroner.

Dikatakan juga madu yang dicampur serbuk kayu manis dapat mengubati sakit perut dan juga dapat membersihkan perut.
Masyarakat di India dan Jepun menyatakan bahawa madu yang diminum bersama kayu manis panas dapat membuat nafas tetap segar sepanjang hari. Orang Amerika Selatan biasa meminum ramuan tersebut diwaktu pagi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6310

One comment

  1. Bagi yang tak pernah tengok pokok kayu manis,pokoknya sebijik macam pokok kayu teja…bagi yang tinggal dekat putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya bolehlah tengok kat taman warisan…Yang selalu kita guna dlam masakan tu adalah kulit pokoknya yang telah disiat dan dikeringkan….sekadar berkongsi info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam