Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2011

melon

Transformasi bidang pertanian di negara ini menyaksikan golongan tani menikmati kehidupan yang lebih baik dan menjanjikan masa depan cerah. Ini secara tidak langsung, mula membuka minda masyarakat bahawa pertanian bukan sekadar ‘kerja-kerja kampung’ malah menjangkaui lebih daripada itu. Suatu waktu dulu sememangnya tidak dinafikan, sebahagian besar ibu bapa dan lulusan universiti menganggap bekerja bergelumang dengan panas terik mentari bukan satu kerjaya pilihan.

Namun, hari ini pertanian merupakan antara pilihan siswazah memandangkan ramai usahawan tani yang berjaya di negara ini. Malah, mungkin ramai tidak menyedari bahawa sektor pertanian menyediakan banyak peluang pekerjaan yang boleh diterokai asalkan mempunyai semangat juang tinggi dan tidak kenal erti putus asa.

Justeru, buat julung kalinya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Karnival Kerjaya Sektor Pertanian selama dua hari pada 17 dan 18 September depan.
Pada karnival tersebut, lebih daripada 8,000 peluang perkerjaan dalam sektor pertanian melibatkan industri tanaman, ternakan, perikanan tangkapan, akuakultur dan pemprosesan makanan ditawarkan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dijangka merasmikan karnival tersebut pada 17 September 2011 pukul 12 tengahhari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pengunjung berpeluang menghadiri temuduga terbuka, pendaftaran online pekerjaan dan menyertai Klinik Kerjaya seperti kaedah membuat resume dan tips menghadiri temuduga yang dijalankan bersama Jobs Malaysia. Aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang karnival dua hari itu ialah pameran kerjaya oleh jabatan atau agensi MoA dan juga syarikat komersial pertanian swasta, berkongsi kejayaan dengan siswazah berjaya dan jualan produk jenama 1 Malaysia Best.
Datanglah beramai-ramai bagi merebut peluang pekerjaan, mendaftar pekerjaan serta mendapat matlumat terkini kerjaya dalam bidang pertanian.

Sumber… dipetik dari Berita AgroBiz (Utusan Malaysia)

Number of View :5333

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam