Kangkung

kangkungKangkung merupakan salah satu sayur kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau dibuat kangkung goreng belacan. Ada sesiapa ke yang tak suka makan kangkung.

Kangkung ada 2 jenis iaitu Kangkung tanah/darat dan kangkung air. Kangkung tanah adalah jenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun yang panjang menirus. Kebiasannya ditanam secara komersil.

Kangkung air pula ialah jenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau tali air. Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur. Biasanya kangkung ni orang buat pecal.

Sesiapa yang nak cuba nak masak kangkung goreng belacan, ini resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah – digiling 6 ulas bawang putih – digiling
6 biji bawang merah – digiling
1 sm belacan – digiling
50 gm udang kering – digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6964

3 comments

  1. Zaman masih guna pelita minyak tanah dolu2,sering berlaku kes anak2 kecil terminum minyak tanah sbb masa tu,minyak tanah selalunya diisi dlam botol minuman….kangkunglah menjadi altenatif rawatan awal.Secekak kangkung diramas dgn segelas air hingga airnya berlendir,ditapis dan diberi minum.Mungkin sifat sejuk yang ada pada kangkung meredakan kesan panas dari minyak tanah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam