Kandungan Karoten dalam Epal

epal_hijau

Benarkah jus epal sebaiknya tidak dicampurkan dengan sayuran kerana ada zat dalam epal yang boleh hilang dengan adanya sayuran? Epal apa yang paling baik untuk dimakan?

Kandungan serat, vitamin dan mineral pelbagai jenis buah adalah lebih kurang sama. Hanya beberapa buah saja yang mengandungi karoten dan vitamin C yang sangat tinggi. Epal mengandungi karoten di taahagian kulit, manakala vitamin C nya pula terdapat di bawah kulit. Dalam proses membuat jus epal, kandungan vitamin-vitamin tersebut mungkin saja terbuang.

Kandungan vitamin, mineral dan serat epal merah mahupun epal Fuji tidak jauh berbeza. Namun, warna buah epal yang lebih pekat menunjukkan kandungan karoten yang lebih banyak. Pada dasarnya, mencampurkan berbagai jenis buah dan sayuran bersama epal tidak mempengaruhi penyerapan vitamin dan mineral.

Tetapi, perlu diperhatikan kandungan serat yang berlebihan dapat mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Sementara kandungan suatu mineral yang tinggi dapat mengganggu penyerapan mineral lain

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4869

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam