Kacang Hijau

Anda pasti mengenali kacang hijau. Selalunya ianya disediakan sebagai bubur kacang hijau dan kuih muih. Ketahui nutrisi penting yang terkandung di dalam makanan ini.

Tinggi Protein.Kacang hijau mengandungi kadar protein yang tinggi iaitu sebanyak 24 peratus. Secara tradisi, ibu-ibu hamil sering dianjurkan supaya mengambi kacang hijau setiap hari agar bayi yang dilahirkan mempunyai rambut lebat. Ini kerana pertumbuhan sel-sel tubuh termasuk sel rambut rnemerlukan gizi yang baik terutama protein.

Rendah lemak. Sangat baik bagi mereka yang ingin menghindari makanan tinggi lemak. Kadar lemak yang rendah dalam kacang hijau menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau juga tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.

Vitamin B1(tiamin).Amat baik diambil bagi mengelakkan penyakit beri-beri. Selain itu, ia juga diperlukan untuk membantu melancarkan proses pencernaan dan pertumbuhan si kecil. Malahan, secara tidak langsung si kecil akan lebih bertenaga di samping masalah selera makan mereka juga dapat diatasi.

Vitamin B2 (riboflavin). Membantu proses penyerapan protein di dalam tubuh. Apa yang pasti, dengan kehadiran vitamin ini, proses penyerapan protein akan menjadi lebih iancar dan efisien.

Tidak mengandungi kolesterol.Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak juga berisiko mendapat obesiti. Kacang hijau atau Phaseolus aureus dikatakan berupaya mengatasi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Ini kerana ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi kadar kandungan lemak tak tepu yang sedikit di dalamnya juga dipercayai berupaya menurunkan kadar kolesterol di dalam badan.

Kalsium dan fosforus. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium dan fosforus sangat penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang si kecil. Bagi mendapatkan zat kalsium dan fosforus, anda hanya perlu memberi si kecil makan kacang hijau.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4032

2 comments

  1. bagi yang sering mengalami kencing tidak lawas,rebus kacang hijau hingga empuk,minumlah air rebusannya sekerap yang mungkin.Anda pasti berpuas hati dengan keputusannya.Anda tidak perlu lagi berjumpa doktor jika mengalami kencing tidak lawas selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam