Jualan Pokok Bunga di Floria 2011

bunga-matahari

Artikel kali ini mengenai pokok-pokok bunga yang  dijual semasa pameran Floria 2011 yang sempat saya update di Blog ini untuk tatapan anda yang tidak sempat ke sana. Antara bunga yang menarik perhatian saya adalah bunga matahari di atas ini. Memang cantik!! Harga pun boleh tahan. RM10/pokok.

begonia

Bunga Begonia yang pelbagai bentuk dan warna.

bunga-catelia

Bunga Catelia yang semakin popular di tanam kerana daunnya yang berbelang-belang.

bunga-cyclamen

Bunga Cyclamen yang juga mempunyai bunga yang cantik tetapi saya jarang lihat bunga ini ditanam.

janda-kaya

Pokok bunga janda kaya yang sudah memang terkenal dan banyak ditanam sebagai pokok hiasan.

madraston

Pokok di atas ini pun sudah semakin banyak di tanam di Malaysia.

baja-organik

Baja soya organik yang digunakan sebagai baja pokok orkid. Semasa pameran Floria 2011 yang lalu memang banyak sekali gerai yang menjual orkid.  Bagi peminat orkid memang seronok sangat la dapat tengok pelbagai jenis dan varieti baru orkid. Industri orkid semakin hari semakin meningkat naik disebabkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

bunga-orkid

Gambar di atas adalah antara pokok orkid yang  dijual semasa pameran Floria yang lalu.  Memang terdapat banyak jenis tetapi saya  tak berapa ambil kisah sangat untuk rakamkam gambar. Jadi, itu sahajalah yang dapat saya kongsikan mengenai jualan pokok bunga semasa Floria 2011.

Number of View :22542

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam