Jenis Durian yang anda suka

durian2

Siapa yang tidak kenal dengan durian, raja segala buah. Durian pula ada macam-macam, ada durian kampung, ada durian klon atau ada yang panggil durian kahwin. Yang pasti, citarasa orang berlainan terhadap durian ini. Ada yang suka rasa sedikit pahit, ada yang suka rasa lemak dan ada juga yang suka isi yang sedikit keras. Bagi mereka yang gemarkan durian, sudah tentu tidak kedekut mengeluarkan duit  membeli durian klon kerana rasanya yang boleh dijamin sedap. Antaranya ialah seperti durian varieti D24 dan D197 atau juga disebut durian Raja Kunyit @ Musang King.

durian

Anda pula bagaimana? Boleh kongsikan durian yang paling anda suka makan atau durian yang paling unik pernah anda makan. Kalau boleh, kongsikan sekali tempat di mana anda nikmati durian tersebut.

Number of View :12005
Baca:  Mangga Udang Merah

4 comments

  1. Saya suka makan durian tembaga kampung. Bila makan tangan tak comot. Rasanya emmmm sedap tak macam durian siam. Satu pangsa selalunya satu atau dua ulas ahaja. Kalau dapat yang kucing tidor lagi best…

  2. Saya setuju dengan response (Pn@Cik) Halimah di atas. Susah nak jumpa sekarang ni. Saya kalau nak beli durian pun fikir banyak kali gak, kerana kadang2 tak berbaloi.

  3. Saya memang minat durian
    Yang paling sya suka durian bukit yang terdpat dikawasan Cameron Highland dan dijual oleh orang asli
    Rasa dan isinya memang hebat dan harganya pun hebat juga dan jarang sangat nak jumpa

  4. .. rasa durian jenis apa yg d minati olih sesorang itu terpulang pada citarasa masing2 .. ada yg suka durian yg lemak manis, manis dan sedikit pahit, durian bau yg kuat, klu tempat saya (Tangkak) istilahnya `cengis’ .. ada yg meminati durian kampung dpd durian klon ..

    .. apa pun durian tumbuh baik dan hasilkan buah bermutu d kawasan yg tidak terendam (paya dan sawah padi) atau air yg tak mengalir .. mutu durian d kawasan tanah berbatu kerikil dan tanah jenis `Serdang Series’ sangat baik d bandingkan dgn durian tumbuh d tanah yg jenis lain ..

    .. utk buat tempoyak yg baik, hanya durian kampung lebih sesuai dari durian klon sbb durian kampung ada `gas’ tapi durian klon kurang ..

    .. tempoyak yg bermutu d buat dari isi durian yg baik, bukan dari durian yg rosak atau dah masam (durian reject) .. jika durian itu layak d makan mentah, itu yg baik utk buat tempoyak .. bukan sombong, tapi saya elakan makan tempoyak buatan org lain atau asal usul yg saya tak tau, saya hanya makan tempoyak buatan sendiri atau ahli keluarga yg saya pasti tahap kebersihanya .. semua ini atas faktor kebersihanya dan mutu bahan tempoyak itu .. klu saya buat tempoyak, saya pilih durian yg baik sahaja, biar sikit tapi bermutu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam