Jarak pagar

Jarak pagar semakin mendapat permintaan sekarang kerana fungsi perubatan dan nilai komersial sebagai biodisel.

Ciri-ciri tumbuhan

Tumbuhan jarak pagar ini atau Jatropha curcas merupakan tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika dan subtropika di mana ia tumbuh meluas di kawasan Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan di Asia sendiri. Sebenarnya, tumbuhan ini selalu dijadikan pagar rumah di kampung-kampung bersesuaian dengan namanya.

Jarak pagar ini pohonnya rendah iaitu 4-5 meter tinggi dengan ranting yang mengandungi banyak cairan getah. Daunnya lebar kira-kira 15 cm. Manakala bunganya kecil berwarna kuning kehijauan dan tumbuh berkelompok. Menyentuh perihal buahnya, ia berbentuk bujur telur, licin dan akan bertukar warna hijau ke kuning serta apabila kering menjadi warna hitam. Apabila buahnya telah matang atau masak, ia akan merekah dan mengeluarkan biji berwarna hitam.

Sifat keracunan tumbuhan ini dikaitkan dengan sejenis bahan kimia dipanggil curcin yang terdapat di dalam bijinya. Curcin adalah sejenis toksalbumin yang dikenali juga sebagai fitotoksin. Kanak-kanak gemar memakan biji tumbuhan ini.

Tanda-tanda keracunan


Sekiranya dimakan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan keracunan. Antara tanda-tanda keracunan ialah cirit-birit, loya, sakit kerongkong dan muntah-muntah selepas setengah jam makan tumbuhan ini. Ia disebabkan bijinya yang mengandungi sejenis minyak bersifat purgatif (julap). Jika ia dimakan oleh haiwan ternakan boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan, pertumbuhan terbantut dan kerosakan hati.Minyak daripada tumbuhan jarak pagar ini dikatakan lebih kuat daripada minyak jarak (jarak minyak). Ia mengandungi toksalbumin iaitu sejenis protein yang boleh dihasilkan oleh beberapa spesis tumbuhan sahaja. Kebanyakan toksalbumin dapat dimusnahkan oleh haba. Jadi, tumbuhan juga dapat memberi khasiat atau nilai ubatan jika digunakan dengan cara yang betul.

Kanak-kanak memang gemar mencuba sesuatu yang baru. Kebiasaannya, mereka menggunakan getah pokok jarak pagar untuk dijadikan belon. Ia dilakukan dengan mematahkan ranting atau tangkainya bagi membiarkan ia mengeluarkan cairan getah. Kemudian cairan getah ini diletakkan di hujung buluh berlubang untuk ditiup hingga menjadi belon. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak terdedah kepada getah yang beracun itu. Ini kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang mata dan kerengsaan kulit.

Menerusi bijinya pula,dengan mengambil 2 biji sahaja dapat menghasilkan minyak purgatif yang kuat dan 4-5 biji tumbuhan ini dapat dikatakan penyebab kematian. Ini kerana biji tersebut mengandungi bahan kimia toksalbumin curcin yang merbahaya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9432

25 comments

  1. Interested of the information of Pokok Jarak. Boleh tak post kepda saya any information. Anybody got the minyak jarak, benih, pokok. Saya nak buat research lah…..

    Terima kasih

  2. Kalau pergi Hari Peladang Kebangsaan kat Terengganu hari tu dah tentu awak boleh tanya lebih lanjut. Memang banyak maklumat pasal pokok ni kat situ, saya tak sempat tanya. Yang saya tahu memang dia boleh buat minyak…

  3. Jarak pagar – Jatropha curcas L untuk buat minyak biodisel
    Jarak minyak – Ricinus communis untuk castor oil

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dah umulan MARDI sedang buat kajian tanaman jarak untuk biodisel [ada 8 Sept 07 di Muar, Johor.

    Orang putih panggil physic nut, jaga baik2 kerana getah pokok ini adal racun, tapi masa wak kecik2 dulu kita amik getah dan main belon2.

  4. pokok jarak kalau dalam istilah common name adalah Jatropha. ia adalah sejenis tumbuhan sebagai sumber biodesel. nak maklumat lanjut hubungi MPOB kerana mereka sedang buat kajian penanaman jatropha besar besaran di sepang

  5. Kpd rakan2 yg berminat dlm Jarak Jatropha, silah rujuk Dr Muhammad Hj Zain 012-200 5595

    http://www.bionas.com.my

    Projek Bionas sememangnya untuk menarik participation drp semua lapisan masy esp. those di rural areas. Drp tanah2 yg terbiar begitu shj, baik tanam Jarak Jatropha. Afterall, kos penjagaannya rendah & tempoh utk berbuah pun pendek – 6 bulan shj!

    Hope this helps.

  6. Pokok Jarak nih, kalau dalam sebulan agak-agak buah yang dihasilkan dia berapa kilogram yer? 1 kilogram lepas ke? 😀

  7. pokok ni mmg bernilai tinggi, mmg skg harga die nampak murah tapi untuk jangka masa panjang,pasti mengintung kan same macam kelapa sawit n getah

  8. Sebuah syarikat yang bertempat di Kampung baru, beroperasi sekadar untuk membuat nurseri tetapi tiada ladang untuk di tanam sedangkan bilangan nurseri melebihi keperluan.

    berhati2 supaya kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

    Antara penipuan yang paling nyata, harga belian semula pada dasarnya diletakkan 85sen(buah basah) dan 1.25 sen(biji jarak) sekilo. Harga tersebut dikatakan telah ditetapkan tidak akan berubah selama 30 tahun tetapi sekarang telah pun berubah kepada 85sen sekilo(biji/ buah kering).

    untuk maklumat lanjut sila perhatikan website syarikat tersebut.

  9. Saya dari Sarawak ingin menyertai projek penanaman pokok jarak. Di mana saya nak mendpt benihnya.

  10. berhati2 dgb bionas ramai dah kena tipu nursery banyak mula2 kata nak ambil setiap builan tapi hasil dah keluar pokok dah hidup jawapan puan zurina “Anda kena cari customer sendiri ” modal dah keluar hampir 40k………….

    Kalo sape nak pokok dengan harga murah bawah RM 2 email pada Saya kalo beli dgn bionas RM4 kalo nak yang tinggi 2 kaki pun ade harga lain leee..

  11. mmm.. patut la tgk website dia pun skrang da macam sampah, berserabut.
    dulu ok je.. dalam bulan 3 pegi opis dia, pekerja2 yg lama banyak yg xde…

    sian ramai yg da terkena…

    Kalau dulu harga buah basah bersamaan 85 sen dalam bulan ke enam boleh dapat lebih kurang 250 KG per ekar bersamaan dgn RM 212.

    Tapi sekarang dia dah ubah 85 sen hanya untuk buah kering! Jadi bulan keenam orang bleh dapat Berapa??

    X sampai pun RM100 per ekar..

    Kalau nak dapatkan RM 850 per Tan bila abad bleh dapat….???

    Ramai yg x perasan pasal benda ni…!!!

  12. mmm.. patut la tgk website dia pun skrang da macam sampah, berserabut.
    dulu ok je.. dalam bulan 3 pegi opis dia, pekerja2 yg lama banyak yg xde…

    sian ramai yg da terkena…

    Kalau dulu harga buah basah bersamaan 85 sen dalam bulan ke enam boleh dapat lebih kurang 250 KG per ekar bersamaan dgn RM 212.

    Tapi sekarang dia dah ubah 85 sen hanya untuk buah kering! Jadi bulan keenam orang bleh dapat Berapa??

    X sampai pun RM100 per ekar..

    Kalau nak dapatkan RM 850 per Tan bila abad bleh dapat….???

    Ramai yg x perasan pasal benda ni…!!!

  13. Bagaimana dengan masa depan jarak, jika petroleum melambung tinggi sedangkan minyak jarak hanya boleh dihasilkan sedikit sahaja dan dicampurkan pula ke dalam minyak petrol.

    Ini bermakna pengguna tetap menanggung beban kenaikan harga minyak walaupun dicampurkan dengan minyak jarak.

    Baik cari satu alternatif bahan api yang murah seperti menggunakan HHO.

  14. bagaimana saya nak ikuti kursus nurseri tanam benih kelapa sawit dan bagaimana untuk memjual di dalam pasaran .

    sekian terima kasih

  15. Boleh tak sapa-sapa yang tahu pasal BIONAS, tolong bagi banyak lagi info pasal syarikat tersebut. Kalau nak baca melalui web asyik benda baik je. Nak persoalkan tak leh.

  16. salam semua pembaca blog ini dan terima kasih kerana menyediakan blog berilmu ini. tapi satu je kenapa tak de gambar pokok jarak bolehke disiarkan disini..

    terima kasih

  17. @wack@Cmayau – Wahai kamu orang yang terpengaroh dengan orang mulut jahat seperti di atas tu,,, dahlah menuduh ,mengumpat , mengata BIONAS tu lan ni lah tapi ,tapi mereka BIONAS tu dah BERJAYA ke taraf dunia dan hanya 1 syarikat di dunia ini mendapat pengtirafan,menjadi partner UNEP,dan juga menjadi ahli CNNet. sekarang 17 Negara menyertai nya, dan juga produknya menjadi keperluan setiap Negara Negara di Dunia ini. dan akan menjadi syarikat terpenting serta terbesar di dunia .??? kamu apa nak jadi ni ??? saya ucapkan SYABASS BIONAS>

  18. Aduh, pakcik terkena…dusun buah habis pakcik tebas, lepas tanam jarak..nak berbuah tu punyela payah…pokok asik kena serang perosak je…buah tu bile jemur memang ringan la jawabnya..bile jual balik berapa sen sangat la Bionas nak bayar…tak berbaloi tanam pokok ni…rasa tertipu…pakcik tertipu. Malu satu kampung

  19. Apa dia?..Bionas jalinkan kerjasama dgn syarikat asing?? Setakat pergi bergambar je buat apa?..dengar cerita banyak pekerja dorang kena berhentikan..macam tak lama je tu…ntah macam mana dorang boleh bertahan asyik tipu sana sini…dusun pakcik tu dah bersemak samun balik…xde sape nak jaga…pakcik ingat nak tanam semula pokok buah-buahan pakcik…@kaamaruddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam