Jantung Pisang

Bunga pisang atau biasanya disebut sebagai jantung pisang juga sangat lazat rasanya jika diubah menjadi pelbagai hidangan istimewa. Ulam jantung pisang adalah salah satunya. Ulam jantung pisang merupakan hidangan utama Jawa. Cara menyediakannya juga sangat mudah, jantung pisang dikupas kulit luarnya sehingga menampakkan bahagian putih yang tinggal. Bakar atau kukus terlebih dahulu untuk menghilangkan getah dan rasa kelatnya. Buatkan sambal belacan dan cicahkan jantung pisang ke dalam sambal. Hidangkan dengan nasi panas, hmm… memang best.. Meleleh air liur..

Alternatif lain dalam penyediaan jantung pisang adalah dengan memasak sayur lodeh. Pilihlah jantung pisang dari pisang raja atau abu kerana kedua pisang ini menghasilkan jantung pisang yang rasanya tidak pahit seperti jenis pisang lainnya. Selain dibuat sayur lodeh, jantung pisang juga boleh dibuat gulai dan acar.
Di dalam perubatan traditional pula, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

 

Number of View :6661

6 comments

  1. jantung pokok pisang hutan jugak sedap dicelor dan dimakan bersama nasi. tak kelat, lembut teksturnya.

  2. jantung pisang jugak sedap di masak lemak cili api + ikan kering @ masak kari + kerang

  3. .. mungkin ramai yang tak tau hakikat tak semua jantung pisang sesuai d makan ..

    # janrung pisang yang biasa bolih d makan .. pisang raja abu, kapas, nipah/kapok, (ada yang kata pisang hutan pun sesuai)

    # tak sesuai d makan, kelat atau pahit >> pisang nangka, pisang boyan/lemak manis, emas, ambun ..

    pernah saya makan d restoren jantung pisang nya pahit .. depa main rembat jer ambik buat jual ..

  4. patutlah saya pun pernah terkena.. tak lalu nak telan.. rupanya jantung pisang pun ada juga perbezaan rasa.. sama seperti buahnya juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam