Jambu Batu

Jambu batu berasal daripada kawasan Tropika Amerika. Tanaman ini mula ditanam di Asia Tenggara dan Asia Timur pada awal abad ke-17. Penanaman jambu batu secara komersial bermula di sekitar pekan Bidor, daerah Batang Padang, Perak pada awal tahun 1987. Jambu batu di tanam di kawasan tanah Mineral dan tanah bekas lombong. Program pembajaan bagi tanaman ini bergantung kepada jenis tanah.

Pengeluaran buah jambu batu didapati berbeza-beza bergantung kepada jenis, umur pokok, amalan kultur dan pengurusan serta keadaan cuaca. Pada amnya, tanaman jambu batu mula mengeluarkan hasil maksimum pada umur 6 tahun. Selepas itu, penghasilannya akan menurun hingga tahun ke-10 dan, penanaman semula perlu dijalankan.

Varieti Kampuchea(GU8) merupakan varieti jambu batu yang paling banyak di tanam di Malaysia. Ia cepat berbuah iaitu selepas 6-8 bulan ditanam. Hasil buah adalah rendah pada peringkat awal dan meningkat selepas pokok berumur 2 tahun. Pada peringkat umur 4-5 tahun, sebanyak 45-50 tan buah sehektar boleh dihasilkan setahun.

Pertumbuhan pokok jambu dipengaruhi oleh cuaca, jenis tanah dan pengurusan. Indikator kesihatan pokok dinilai dengan berasaskan fisiologi pokok jambu batu, iaitu kulit batang pokok akan mengelupas semasa pokok membesar. Batang pokok yang licin bermakna pertumbuhan pokok yang telah terjejas dan semakan perlu diadakan untuk menentukan sebabnya. Indikator ini boleh digunakan untuk menentukan status kesihatan pokok dalam pemantauan projek jambu batu.

Number of View :7117

4 comments

  1. Assalamualaikum.
    thanks for the info. I justwant you to know that i use some of the infos here for my project paper. thanks.. anyway, where do you get the source of the origin of guava plantation in malaysia?

  2. Assalamualaikum,
    terima kasih saya ucapkan atas info-info yang disediakan oleh webmaster, banyak yang saya dapat sebagai tambahan info-info yang saya sedang kumpulkan. baru-baru ni saya terjumpa dengan penemuan jambu batu yang dihasilkan oleh seorang pekebun kecil hasil dari “R&D” beliau sendiri. Hasilnya jambu batu yang beratnya 1 kg setiap satu dan rasanya lebih segar terhasil. Penuaian hasil boleh dibuat selepas 5 bulan penanaman, pokok baru setahun jagung tapi sudah boleh dituai hasilnya, lebih menakjubkan lagi jangka hayat tuaian bleh mencapai 20 tahun usia pokok. Dah tua dah pon orang nya. Semua ini saya telah lihat dan timbang sendiri untuk kepastian. Pekebun tersebut menawarkan kepada saya sesapa kawan-kawan yang berminat untuk lihat sendiri bleh datang. sesapa berminat bleh call saya tuk turun site kat nombor ni 019-7149038. MOTO-BANGKITKAN KEMAJUAN BANGSA KITA BERSAMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam