Jambu Air

jambu-air

Bila disebut jambu air sudah tentu anda mengenalinya. Tetapi tahukah anda, di Malaysia jambu air juga asalnya dikenali dengan nama jambu semarang. Terdapat 2 jenis jambu semarang yang terdapat di Malaysia iaitu jambu semarang hijau dan jambu semarang merah. Jambu semarang merah masih lagi banyak dijumpai dikampung-kampung, namun jambu semarang hijau sudah jarang dijumpai lagi.

Kebiasaannya saiz jambu semarang adalah kecil berbanding jambu air yang terdapat di pasaran. Ini kerana, jambu air yang ada di pasaran sekarang bukanlah berasal dari Malaysia, sebaliknya diperkenalkan dan di bawa masuk dari negara jiran. Kebanyakkan jambu tersebut dikenali dengan nama jambu madu kerana rasanya juga lebih manis. Jambu madu juga mempunyai beberapa jenis yang saiznya lebih panjang, besar dan warnanya merahnya lebih gelap.

Jambu Air Jambu Semarang,
Enak dimakan dicicah garam,
Hendak diberi terasa sayang,
Hendak disimpan terasa seram..

p/s: Lain macam je bunyi pantun ni !!

Number of View :12734

8 comments

  1. Ada yang kelat,masam dan manis,
    Pokok ditanam dibandar dan desa,
    Buah jambu bermacam jenis,
    Berbeza rupa berbeza rasa.

    Selalu ditanam apek dan nyonya,
    Pokoknya tempat burung bersarang,
    Warna merah seksi rupanya,
    Si jambu air jambu semarang.
    .
    Bawah pokoknya berkubang kerbau,
    Hanya dikenali orang-orang lama,
    Kecil dan bulat harum berbau,
    Jambu mawar diberi nama.
    .
    Bila berbuah seperti bertih,
    Dicicah garam,sedap dimakan,
    Masam manis bewarna putih,
    Jambu susu jangan dilupakan.
    .
    Warna putih bercampur merah,
    Masam manis rasa isinya,
    Sebut jambu keling ada yang marah,
    Jambu bol nama rasminya,
    .
    Banyak sungguh bijinya amboi,
    Sebelum makan kulitnya disiat,
    Dibelah2 ditabur asam boi,
    Jambu batu banyak khasiat.
    .
    Pokok pisang daunnya layu,
    Ditanam dekat pokok tebu,
    Awek cun,jejaka yang “ayu”,
    Itu juga di panggil “jambu”….hehehe…

  2. Sekarang ni orang tak tanam lagi jambu semarang. jambu air siam tab bi
    chan dah populer dan lebih sedap sebab rangup.

    sahabat saya di alor star dah dapat klon baru . dia panggil haro red.

    anyway thank u very much dan saya kagum atas minat dan kerajinan tuan.

  3. Hendak diberi terasa sayang
    Hendak disimpan terasa seram
    Takut ada benda melayang
    Hinggap dibadan mendapat lebam

    Takut ada benda melayang
    Hinggap dibadan mendapat lebam
    Bila ramai datang menyerang
    Selain lebam boleh pitam

    Bila ramai datang menyerang
    Selain lebam boleh pitam
    Lebih baik jaga seorang
    Baru hidup jadi tenteram

    Lebih baik jaga seorang
    Baru hidup jadi tenteram
    Itu penangan jambu semarang
    Jadi gurauan sekelian alam

  4. Tok Batin sham nyer pantun dalam makno ee…berlaku pada diri sendiri ke…hehehehe(jgn marah yo…)

    Tq admin,bg ruang untuk tepek ilham pantun yg tetiba mencurah semenjek 2 menjek nih

  5. Assalam ADMIN ……. saya memerlukan bekalan daun sireh dalam kuantiti yang banyak. Kalau ada info call EN.ZUL @ 010-2911307. TERIMA KASIH…..

  6. Memang terliur tengok jambu ni. Sedap dimakan dengan campuran kicap, gula dan cili padi. Bentang tikar bawah pokok jambu ni dan makan dengan keluarga. Memang best. Rasanya agak kelat sikit sebab tu kena makan dengan gula kicap. Tapi sekarang orang dah tak pandang sebab dah ada jambu madu.

  7. terbalik dah ni…di kelantan jambu ini dikenali jambu mawar dan jambu air pula ialah jambu yg tumbuh di tebing2 sungai yg buahnya adalah putih seperti umbuk kelapa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam