March 19, 2024

Malaysia yang beriklim tropika dan sebahagian besar tanahnya subur banyak menghasilkan sumber daya alam yang boleh diperbaharui. Antara sumber daya alam yang boleh diperbaharui ialah jenis tumbuhan yang memiliki khasiat sebagai ubat atau khasiat tambahan. Sebahagian besar tumbuhan tersebut tidak diketahui khasiatnya oleh semua individu dan ini menyebabkan ia tidak dijaga dengan baik icumbuh menjadi tumbuhan liar.

Umumnya, permintaan tumbuhan ubat dan bahan-bahan dasar herba tea seperti teh hijau, halia, mahkota dewa, dauh salam, daun limau, serai, kayu manis, dan cengkih mengalami peningkatan. Perkara ini berkaitan dengan kuantiti dan juga kualiti tumbuhan tersebut. Peningkatan ini berhubung rapat dengan kepelbagaian tanaman ubat untuk proses penyembuhan penyakit dengan cara memanfaatkan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan tersebut.

Peningkatan dalam permintaan tanaman ubat juga didorong oleh gaya hidup masyarakat kini yang mengamalkan kembali ke alam semulajadi (back to nature). Penggunaan herba sebagai bahan ubat kian meningkat kerana ia selamat digunakan dan tidak akan menimbulkan kesan sampingan. la amat berbeza dengan bahan ubat kimia yang boleh mengakibatkan kesan sampingan apabila digunakan secara terus-menerus dalam jumlah yang banyak. Perubahan gaya hidup masyarakat mempengaruhi terhadap perubahan bentuk dan kemudahan penyediaan produk kesihatan semulajadi yang diperlukan. Herba tea merupakan salah satu bentuk perubahan produk kesihatan. Dengan adanya herba tea, masyarakat boleh menggunakan minuman tersebut dan ia tidak mengganggu rutin seharian serta mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Herba tea merupakan produk minuman teh dalam bentuk satu perasa atau campuran herba. Selain digunakan sebagai minuman biasa, herba tea juga dijadikan sebagai minuman berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan. Khasiat yang dimiliki setiap herba tea adalah berbeza bergantung pada bahan asasnya. Campuran bahan asas yang digunakan merupakan herba atau tanaman ubat yang secara semulajadi memiliki khasiat untuk membantu merawat jenis penyakit tertentu.

Proses pembuatan herba kering meliputi pencucian, penghirisan, pengeringan, pengecilan saiz, dan pembungkusan. Kaedah proses tersebut perlu diperhatikan bag! menghindari kehilangan zat-zat penting yang berkhasiat dari bahan segar. Herba kering boleh dikategorikan sebagai produk yang berkualiti J apabila memiliki kadar air yang rendah (10 – I5%);tiada kotoran pada prodi serta tiada perubahan warna, rasa, dan aroma serta bahan aktifnya dikekalkan. Pelbagai herba atau tanaman ubat boleh diolah menjadi herba kering. Pada dasarnya, proses pengolahan semua jenis tanaman ubat adalah hampir sama. Lazimnya, perbezaan terletak pada tempoh dan suhu pengeringan keranm] disesuaikan dengan karakteristik bahan segar. Herba-herba kering tersebut seterusnya dicampur dengan komposisi tertentu sesuai dengan jenis herba tea yang akan dihasilkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8806

1 thought on “Industri Teh Herba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam