April 19, 2024
nanas-josapine Moris dan Sarawak merupakan varieti nanas segar yang ditanam masa kini. Nanas Moris kecil, dengan isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah nanas Sarawak besar serta mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Kelemahan utama varieti Moris ialah buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya. Varieti Sarawak pula menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendah terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti ini peka terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) (BHD) akibat penyimpanan pada suhu rendah. Asal usul JOSAPINE Pemilihan dibuat di Stesen Penyelidikan MARDI, Pontian daripada populasi hibrid F1 hasil daripada kacukan antara Nanas Johor (induk betina) dan Sarawak (debunga) Ciri-ciri tampang Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan. • Daun hijau keunguan, tidak berduri. • Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu • Biasanya 1-2 sulur buah/pokok • Sulur dan ratunnya baik. Ciri-ciri pembungaan dan pembuahan Tindak balas pembungaan dengan bahan mengaruh sangat baik (90-100%). Berbuah awal – dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari. • Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari • Hasil 60 tan/ha bagi tanaman pertama. Ciri-ciri buah Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak. • Buah berbentuk silinder • Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish • Buah bersaiz sederhana (1.2-1.5 kg.) • Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering • Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang • Penyimpanannya baik, mutu buah tidak berubah walaupun buah sudah terlalu masak • Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10 °C selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8530

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam