Hentian Limau Tambun

limau-tambun

2 hari pulang ke kampung, saya sempat  ke Hospital Pantai di Ipoh menziarah orang baru lepas bersalin. Jadi sebelum balik, ronda-ronda dahulu pekan Ipoh, tengok apa yang menarik. Bukan biasa sangat jalan-jalan ke Ipoh. Yang menarik dapat dikongsi ialah, dalam perjalanan saya sempat singgah di Hentian Limau Tambun. Nampak macam baru dibina.

limau-tambun2

Di hentian ini, memang banyak terdapat lot-lot kedai yang kesemuanya menjual limau bali. Rata-rata peniaga adalah berbangsa Cina.  Tanda harga pun tidak diletakkan di tempat jualan. Walau bagaimanapun, saya tidaklah singgah membeli atau bertanyakan harga. Dengar cerita orang, harga buah di sini lebih mahal sedikit… Tak tahulah.. mungkin anda pernah membeli buah di sini, bolehlah kongsikannya di sini.

limau-tambun3

Sebenarnya, saya mencari kedai menjual buah limau bali yang lain di Jalan Tambun tetapi tidak berjumpa. Akhir sekali sesat di Lost World of Tambun. Takdelah sesat.. saja je singgah tengok apa yang menarik.

Number of View :6954

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam