March 29, 2024
Post kali ini tiada kaitan dengan bunga ataupun buah tetapi tentang gunung bunga buah. Saja nak bawa pembaca Blog ini bersiar-siar ke kaki gunung. Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki). Asal usul gunung ini dinamakan gunung bunga buah masih dalam kajian saya lagi. Apakah terdapat bunga dan buah yang banyak di puncak gunung tersebut. Saya sendiri tidak pasti. Walau bagaimanapun, nama gunung ini tetapi unik bagi saya. Untuk makluman pembaca, Gunung Bunga Buah merupakan pilihan pendaki yang inginkan cabaran dan keseronokan di hujung minggu dan ianya hanya mengambil masa selama 40 minit memandu dari ibu kota Kuala Lumpur. Ianya juga merupakan tempat latihan yang popular bagi para pendaki sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih sukar seperti Gunung Tahan dan sebagainya. Sekiranya anda inginkan cabaran singkat sempena hujung minggu, cubalah untuk mencabar diri anda mendaki Gunung Bunga Buah.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :7315

3 thoughts on “Gunung Bunga Buah

  1. Gunung Bunga Buah. Memang nama yang unik dan sesuai dipaparkan di blog ini. Mungkin di sanapun, pengunjung akan dapat melihat banyak tanaman hutan …

  2. Salam.. Sudahkah anda mendaki Gunung Bunga Buah tersebut? Jika sudah, bolehlah bawa kawan-kawan mendaki ke sana.. Saya sebenarnya begitu obses dengan pemandangan bukit dan gunung. Bila melihat pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau di kejauhan, hati terasa tenang, damai serta ingin menjelajahinya.

    Sekian. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam