Gula Kabung

buah-kabung

Gula kabung atau gula enau berasal dari cairan yang diambil dan ditampung secara bertahap dari pohon enau, lalu dipanaskan sehingga kental. Di pasaran, gula kabung ditemui dalam bentuk padat ataupun serbuk.
Disebabkan prosesnya dilakukan tanpa pengawet dan pemutih, gula kabung menjadi lebih sihat. Jika dibandingkan dengan gula pasir, gula kabung lebih mudah larut di dalam air dan memiliki rasa serta aromanya tersendiri.
gula-kabung

Kelebihan lainnya, selain glukosa, gula kabung juga mengandungi protein, mineral dan vitamin. Warna coklat pada gula kabung adalah serat yang bermanfaat untuk kesihatan pencernaan. Selain itu, gula kabung juga memiliki sebatian yang berfungsi menghambat penyerapan kolesterol pada saluran pencernaan. Bahkan, kaum wanita sering menggunakan gula kabung untuk meringankan kesakitan perut ketika menstruasi.

gula-kabung2

Kalori gula kabung memang tinggi, iaitu 368 kalori/100 gram. Namun, kalori ini boleh anda manfaatkan sebagai sumber tenaga. Tidak seperti gula pasir yang terus membuat anda berasa letih dan malas.
Menggunakan gula kabung untuk membuat kuih juga merupakan idea yang bijak. Ini kerana, selain memberi rasa manis, gula kabung juga dapat memberikan warna coklat pada makanan. Atau anda boleh juga mencampurkan gula kabung ke dalam teh dan kopi.

Number of View :13786

21 comments

  1. ooo…buah nipah…buahnya kalo muda sedap…manis,rasa cam buah klp muda p lbih sedap sikit la…niranya jika dimasak boleh menghasilkan gula melaka….slu terdapat di kawasan paya…daunnya boleh dibuat atap rumah…rumah kpg la.

  2. salam yinna,

    kabong ngan nipah tak sama… walaupun dalam kumpulan ‘camar’…. kat kg sy melambak pokok ni… buah dia buat halwa… bulan pose banyak la orang jual…
    gula kabong ni memang popular dan mendapat permintaan yg tinggi terutama bulan puasa… daerah Raub, kuala lipis dan jerantut yg banyak menghasilkan gula kabong ni…. sedap untuk buat bubor, pengat, kueh dan dodol…

  3. yang putih 2 biasanya org panggil buah kabung..mmg sedap..klu +dlm A.B.C(ais batu campur/ais kacang) mmg sodap…

  4. Di Negeri Sembilan kawasan Kuala Pilah memang terkenal dengan gula anau. Selalunya dibungkus dengan daun kelapa masak setiap 5 keping. Harga bergantung pada ketulenannya. Sekarang ini susah nak dapatkan yang ori, yang bercampur pun sekurang2nya RM1.50 sekeping
    Gula anau ini ‘wajip’ bagi kuih tradisi nogori seperti dodol, wajek, siraj, inti kelapa, pengat dll.
    Pokok anau tumbuh sendiri di kebun2 atau belakang rumah. Ramai yang memusnahkan anak pokok ini sebab nampak semak
    Air nira diambil dengan menadah baldi pada tandan setelah semua buah dipotong. Sebelum tandan dipotong, tandan itu perlu diketuk 3 hari berturut2supaya ia dapat mengeluarkan nira yang banyak dengan membaca jampi serapahnya
    Oleh kerana pokok anau ini tinggi, buluh atau dipanggil sigai digunakan sebagai tangga
    Dengan menggunakan kayu api,nira mengambil masa yang lama sebelum pekat dan mengeras. Keraknya yang tinggal dalam kuali memang ump!

  5. Gula Kabung. Sememangnya amat sedap jika dimasukkan ke dalam bubur durian. Tapi sekarang gula ni amat mahal di pasaran.Baru2 ni, makcik sy mencari gula kabung di pasar minggu di Raub. Tak pasti sngt satu bapa, but kalo tiga harganya RM16.50. Kalo nk bandingkan ngan dulu2.Harganya amat tinggi skang. Kenapa ye? Apakah smakin skit pembuatan gula kabung di Raub tu?Tak dpat dipastikan lagi harga di Kg.Budu, Benta.

  6. salam..korang,nk tanyalah..kat area johor ada x pokok buah kabung ni ek? Ada sapa2 tak boleh tolong…zai nk cari lidi hitam pokok ni..Please2…

  7. salam…

    sy amat berharap sekiranya ada sesiapa yg tahu di mana boleh sy mendapatkan stok Gula Kabung dlm kuantiti yg byk…average nk amik by cash 900kg seminggu…kalau dpt lock price..long-term supply nih…harap2 rakan2 sekalian dpt bantu sy dgn segera…sila hubungi sy di 012-607 2797…thanks

  8. salam…

    saya berminat utk membeli gula kabong,nira kabong ,alua kabong boleh bagi alamat atau no phone yg boleh sya contact

  9. Kat umah saya ada sbtg p0k0k buah kabung yg ada beribu2 biji n tangkai berjurai2 buahnya. Saya nk jual tapi x tau sapa pembeli, kat mana marketnya. Sapa2 berminat, boleh call saya seberapa segera. 012-2857947.

  10. Sy dah lama cari pembekal gula anau/kabung/melaka di Malaysia. Kuantiti guna sy setiap bulan adalah 5ton. siapa yg tahu tolong email alamat bagi saya tmjiun@yahoo.com atau sms ke 0186610080 tq.

  11. Salam,

    Saya ingin tahu jika ader pembekal gula nipah di sini. Saya memerlukan dalam 2 kilo untuk kajian dan akan membuat order lagi dalam masa terdekat.

    Sila hubungi saya di pramila79@yahoo.com

    Sekian

  12. saya membekal AIR NIRA KABUNG …diambil dari Bukit Travers KL. Segar dan anda boleh tggu tepi pokok utk tengok cara diambil dan diproses. Call/SMS/Whatapps 0163411273

  13. Hello Saya dari Thailand. Saya berminat untuk membuat gula kelapa kebun .Tetapi saya tidak boleh memahami bahasa Melayu. Saya telah cuba untuk menterjemahkan program ini. Tetapi anda tidak boleh memahami butir-butir .Mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan untuk memberi maklumat dalam bahasa Inggeris atau tidak.Saya amat berminat untuk maklumat yang diminta sawit kebun dari semua kerumitan dan masa.Saya ingin tahu keputusan sawit kebun boleh dimakan sebagai pencuci mulut atau tidak. Please contrace email: iamaey-80@hotmail.com. thank you.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam