Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit

Penyakit kulit, khususnya kurap, kudis buta ataupun panau, adalah jenis penyakit yang ingin kita semua elakkan. Selain dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan seharian kita agak terbatas kerana malu diketahui rakan-rakan.
Biasanya untuk mencegah penyakit tersebut, kita perlu ke hospital. Kalau tidakpun kita akan keklinik untuk mendapatkan rawatan penyakit itu.
Tetapi terdapat sejenis tumbuhan herba yang boleh merawat penyakit tersebut. Nama umumnya adalah gelenggang atau sintifiknya dipanggil sebagai Cassia Alata.

Lazimnya, menurut Pegawai Penyelidikan MARDI, Hilir Perak, Mohd Jelani Bahaudin, tumbuhan tersebut sengang tumbuh di tepi-tepi sungai, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

Malah pokok ini juga sering digunakan sebagai salah satu landskap halaman rumah kerana mempunyai warna bunga yang cantik,” katanya.
Menurutnya keberkesanan pokok ini dalam merawat penyakit tersebut adalah melalui temu bual dengan orang-orang yang pernah mengamalkanya, termasuk dengan pengamal perubatan tradisional.

“Lagipun berdasarkan kajian saintifik ia menganduni chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berdasarkan temubual tersebut juga, beliau menjelaskan, kaedah untuk menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya.

“Bersihkannya terrlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat.

Seterlah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau turut menambah bahawa daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran.

“Pemakanannya selain juga bertindak sebagai ulam sayuran daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit,” katanya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8503

6 comments

  1. saya benar-benar setuju yang daun pokok gelenggang merupakan ubat yang mujarab untk penyakit kulit kerana dulu masa kecil-kecil emak saya selalu menggunakannya untuk dibuat ubat panau pada kami adik-beradik. Maklumlah anak-anak kampung, mana makan saman. panas-panas pun terjun sungai. Itulah sebab asyik kena panau je. Untuk kulit yang gatal-gatal pun berkesan.

  2. gelenggang ni ada dua jenis.Yang diguna sebagai ubat penyakit kulit tu jenis yang besar dan bunganya bewarna kuning tua.gelenggang kecik plak pokoknya seakan-akan pokok kacang tanah tapi kurang popular dalam perubatan

  3. Di Sabah, pokok gelenggang ini dikenali sebagai gembirang @ Gumbirang. Nenek dan mama saya pernah menggunakannya untuk mengubati panau dengan cara menumbuknya sampai lumat dan dicampur dengan sedikit minyak tanah. Memang mujarab.

  4. Penyakit kulit ni ada kaitan dengan sistem bawahan kulit jd tak seimbang. Terjadinya mcm ni sb smakin kita dewasa, badan menuntut lebih keprihatinan terhadap penjagaan kesihatan. Makna – nutris semakin hilang hadi demi hari. Jadi, tugas kita adalah melengkapkan diri dgn ilmu kesihatan yg mampu menolong sebaik mungkin. Salah satu tempat yg daku rekomendasikan utk tambah pengetahuan mengenai rawatan penyakit kulit adalah sprti berikut:

    Info membanteras kuman penyebab penyakit kulit

    dan juga:

    Rawatan membasmi kuman2 yg menjejaskan kesihatan kulit

    Semoga berjaya hendaknya. Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam