March 19, 2024

gac-fruit22

Buah Gac atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis adalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai peria. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8-9 bulan untuk mendapatkan buahnya. Penulis pertama kali berjumpa buah ini ditanam, semasa berkunjung ke Tropical Fruit Farm, Penang , 3 atau 4 tahun yang lalu ( kalau tidak silap lah).  Baru-baru ini, rakan saya dari Johor juga memaklumkan, sudah terdapat pengusaha yang sudah menanam buah ini secara komersil. Sejauh mana, buah ini dipasarkan, saya sendiri tidak pasti.

gac-fruit3

Buah Gac, dipercayai berasal dari Vietnam dan nama Gac juga adalah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam. Kini, buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk dari sana. Menurut rujukan sebuah blog, Di Chiangmai, jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht sebotol. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan, beta-karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato), dan zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran.

gac-fruit2

Maklumat mengenai buah ini di Malaysia masih lagi kurang namun potensi  tanaman ini untuk berkembang sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Jika anda mempunyai makluman lain mengenai tanaman ini, silalah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :32117

3 thoughts on “Gac Fruit @ Buah Gac

  1. Kebetulan di rumah mak saya di Sik, Kedah ada buah ini, jenis menjalar seperti labu tetapi batang pokoknya kuat dan liat. Boleh dimasak asam pedas. Orang gelar juga pokok ‘labu api’.

  2. I am from Kuala Lumpur.
    Please let me know how to order the GAC fruits from Kulim. I could not get them from Penang.

    Or, can you kindly let me know if I can buy them in Kuala Lumpur?

    TQ
    Keriun Ong (019 327 4339)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam