March 19, 2024

Floria Diraja Putrajaya 2018 merupakan acara yang dinantikan tahun ini kerana ia merupakan satu Festival yang menarik ramai orang untuk datang berkunjung bagi melihat keindahan ribuan hamparan bunga-bungaan selain dapat melihat bentuk gubahan bunga yang berkonsepkan taman.

Hari ini saya sempat berkunjung pada hari pertama Festival Floria 2018 ini dibuka. Anda boleh datang mulai hari ini 25 Ogos – 2 September 2018 (9hari). Ia dibuka dari jam 9 pagi – 10.30 mlm dari Isnin hingga Khamis & dari 9 pagi – 12 tgh mlm dari Jumaat hingga Ahad.

Harga Tiket masuk ke Floria 2018  bagi dewasa (Isnin-Khamis) ialah RM12 & RM15 (Jumaat hingga Ahad), manakala bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) ialah RM6 (Isnin-Khamis) dan RM8 (Jumaat-Ahad). Walaupun harga tiketnya sedikit mahal, namun ia masih lagi berbaloi kerana banyak tarikan menarik ada di sana.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Festival Floria Diraja Putrajaya 2018 telah dirasmikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dengan bertemakan 10 Kegemilangan Floria atau “10 Wonders of Floria”, Floria Diraja 2018 menghimpunkan 8 jenis bunga yang pernah menjadi tema festival sejak 2007 – 2016. Antaranya adalah seperti Bunga Raya, Orkid, Heliconia, Ros, Bunga Kertas, Begonia, Lili dan Kekwa. Dikatakan terdapat lebih 400 ribu pokok pelbagai jenis yang terdiri dari kultivar bunga-bungaan dan tanaman hiasan

Bagi yang berada jauh dan tidak sempat berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2018, saya akan ‘update’ lain-lain gambar yang menarik untuk tatapan pembaca. Nantikan artikel yang seterusnya…

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :8868

1 thought on “Floria Diraja Putrajaya 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam