Fertigasi

Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja ( dalam bentuk larutan ) di agihkan ke zon perakaran tanaman melalui system pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan .

Dua (2) asas utama fertigasi iaitu baja( dalam bentuk larutan ) dan sistem pengairan . Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan ruang zon perakaran tanaman yang optima sesuatu tanaman.

Sebagai contoh, tanaman tembikai ditanam di atas batas tanah secara terbuka di ladang yang luas menggunakan sistem pengairan untuk pengagihan baja juga dinamakan fertigasi. Tanaman kobis ditanam di dalam polibeg berisi campuran tanah dan pasir diberi baja melalui sistem pengairan. Kaedah ini juga dikenali sebagai fertigasi.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah altenatif . Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis-jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman diguna dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya pathogen daripada tanah.
Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah (soiless culture) tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutien ( keseimbangan, kepekatan, Ph, kuantiti), mutu air dan input yang dibekalkan.

Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4517

One comment

  1. Bincangkan media penanaman fertigasi. Kenapa ramai gagal.

    Keduanya, kenapa dulu hydroponic hilang. Jawab pls.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam