Felda Kledang, Kota Tinggi

landskap-felda-kledang

Dah lama juga tidak menulis di sini. Bukan hendak disalahkan masa tetapi kekadang malas juga. Minggu lepas memang hampir seminggu ke Johor Bahru menghadiri Bengkel. Kemudian, sambung pula percutian menarik 2 hari 1 malam di kampung sendiri. Memang memenatkan. Semasa ke JB, sempat juga singgah ke rumah kawan lama di Felda Kledang, Kota Tinggi.

landskap-felda-kledang2

Buat pengetahuan pembaca, Felda Kledang telah meraih hadiah wang tunai RM1 juta selepas memenangi Anugerah Keceriaan Kampung Felda  sempena Hari Peneroka 2010 pada bulan Julai tahun lepas. Memang kisah kemenangan ini telah banyak keluar di TV, surat khabar dan majalah-majalah. Mungkin anda pernah membacanya. Hasil temubual bersama kawan saya (macam wartawan la pulak), penduduk di kampung tersebut telah menerima habuan RM1,000 setiap orang. Selebih wang tersebut adalah digunakan demi kemajuan dan pembangunan kawasan Felda tersebut.

landskap-felda-kledang31

Pertama kali masuk ke pintu masuk Felda dan melalui jalan-jalan utamanya, terserlah landskap yang dihiasi dengan warna-warni bunga-bungaan. Namun sayang tidak sempat nak merakamkan keseluruhan gambar lanskapnya. Antara gambar menarik yang dapat saya kongsikan anda boleh lihat sendiri.  Setiap rumah mesti ada nama tuan empunya kediaman tersebut.. Misalnya, seperti gambar di atas, pemiliknya bernama Suratmen bin Marsom. Satu nama yang unik.

landskap-felda-kledang4

Lain-lain gambar yang boleh anda lihat.. kebanyakkan rumah disini memiliki pergola yang dibina khas untuk mencantikkan lagi rumah masing-masing. Ada yang menanam pokok buah markisa, bunga-bunga yang menjalar dan sebagainya..

landskap-felda-kledang5

Idea kreatif menanam pokok menggunakan sabut kelapa, kemudian diletakkan pada pokok palma yang seakan sudah mati.

landskap-felda-kledang6

Pengusaha telur masin juga tidak ketinggalan mengindahkan kawasan rumah dengan harapan pembeli telur masin akan berasa gembira melihat rumahnya yang cantik dan akan selalu datang membeli telur masin. Gurau je..

landskap-felda-kledang7

Salah seorang peminat pokok orkid yang pandai menyusun pokok orkid di bawah pondok kecil yang bertujuan sebagai lindungan. Memang menarik apabila diselitkan itik/angsa di sekitar kawasan tersebut.

p/s : setakat ini sahaja dapat den kongsikan kisah Felda Kledang kepada anda. Sebenarnya berhampiran Felda Kledang, banyak lagi Felda yang menarik dari segi landskapnya, tetapi sayang masa dah tamat.. mungkin lain kali jika berkesempatan saya akan berkunjung lagi ke sana.

Number of View :15828

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam