PERSAINGAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN

    Adakah mereka bersaing secara langsung atau tidak angsung dengan produk atau barangan anda. Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing anda? Bagaimana kedudukan mereka dalam pasaran. Persoalan di atas perlu di tangani menerusi kaedah competitive analysis. Kaedah ini berbeza mengikut bidang produk, perkhidmatan atau industri. Competitive analysis yang komprehensif merangkumi semua fakta yang perlu anda ketahui supaya pelan pemasaran anda dapat mengatasi pesaing anda. Secara umum anda perlu mengetahui bagaimana pesaing anda beroperasi, bagaimana kaedah mereka menarik pelanggan dan berapa besar pasaran mereka. Anda juga perlu tahu bagaimana mereka membuat penilaian dari segi harga jualan, promosi, pengiklanan, branding dan lain-lain aspek. Kita juga perlu mengetahui bagaimana mereka merangka pelan pemasaran dan bagaimana mereka boleh menarik pelanggan-pelanggan yang berpuas hati hati pada jangka panjang. Setiap jenis produk mempunyai kaedah untuk memastikan competitive analysis ini berjaya untuk mengatasi pesaing anda.

Saya akan berikan contoh :

Jika anda mempunyai syarikat agensi pelancongan, anda boleh kaji apa yang ditawarkan oleh pesaing anda. Mungkin anda boleh memberi tawaran istimewa untuk tiket kapal terbang. Anda boleh tawarkan kepada individu-individu yang perlu kepada tiket tambang murah. Anda juga boleh membuat tempahan secara internet untuk pelanggan anda dan sebagainya. Dengan khidmat tambahan seperti ini anda boleh mengatasi pesaing anda yang memberi perkhidmatan secara konvensional.    

 

 

 

 

    Dalam competitive analysis, anda perlu menghuraikan beberapa fakta seperti di bawah: Bagaimana  kedudukan produk atau perkhidmatan anda di pasaran dari segi pemasaran

 

1. Mengapa pelanggan berminat untuk membeli barangan atau produk anda berbanding produk pesaing anda

 

2. Apa kelebihan dari segi harga, kelebihan, kualiti, features kegunaan dan lain-lain perkara yang membezakan produk anda dengan pesaing anda

 

3. Anda perlu menganalisis setiap pesaing yang bersaing dengan anda secara terus. Ini termasuk saiz jualan mereka di pasaran, perbandingan produk dari segi kualiti dan perkhidmatan dan lain-lain aspek. Anda juga perlu ketahui di mana mereka sedang menjalankan target marketing dalam pelan pemasaran mereka. Jika target mereka secara terus, anda perlu berwaspada kerana mereka akan cuba menarik pelanggan anda. Anda perlu mengatasi taktik pesaing supaya pelanggan anda tidak lari ke pesaing anda.

 

4. Pastikan bahawa bila anda membuat competitive analysis ini anda menganalisis setiap kelemahan pesaing anda sama ada dari segi perkhidmatan, harga, reputasi, kedudukan kewangan, branding, teknologi dan Iain-lain fakta. Dengan membuat analisis seperti ini anda akan dapat melihat peluang di mana anda boleh mengatasi pesaing anda. Dengan ini anda dapat membuat strategi pemasaran untuk menarik pelanggan mereka untuk menjadi pelanggan anda.