Durian Musang King vs Monthong

Durian Musang King susah diketahui sangat popular di Malaysia kerana keenakkan rasa yang tersendiri. Berita yang diterbitkan oleh Kosmo menyatakan kedudukan Monthong sebagai Raja Durian Thai bakal dicabar oleh Musang King. Ini kerana Durian Musang King Malaysia telah menerima kebenaran pihak berkuasa negara Thailand untuk dibawa masuk dan dijual sebagai buah segar di Thailand.  Sebelum ini durian Musang King masuk ke pasaran Thai dalam bentuk sejuk beku sahaja.

Kebanyakkan penggemar durian lebih suka durian Musang King kerana mempunyai gabungan pelbagai rasa termasuk lemak, manis dan berkrim dengan isinya yang tebal berwarna kuning keemasan. Selain itu, durian Musang King perlu gugur secara semula jadi sebelum boleh menikmatinya berbanding durian Monthong pula kebiasaanya perlu dipetik ketika ia masih muda.

Number of View :762

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam