Dukung Anak


Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan dan serata tempat lapang ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9029

11 comments

  1. salam. Disebelah utara selain nama dukung anak pokok ni juga dikenali dgn nama amin buah.Terdapat dua jenis, satu yg daunnya keunguan dan lg satu hijau.Jenis hijau lebih mujarab dan berkhasiat untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi.

  2. Salam… Dimana saya bleh dapatkan stok untuk pokok dukukng anak. Saya memerlukan dalam kadar yang banyak untuk mengubati penyakit kuning – 013-3086734

  3. salam..

    Untuk mengubati penyakit kuning pada bayi yang baru di lahirkan..
    saya musykil pada 2 kaedah..

    1. Adakah Rebusan Air pokok dukung anak ini
    Di rebus sama sekali dengan akar atau,
    daun sahaja?

    2. Air Rebusan pokok dukung anak ini,untuk kegunaan
    mandian ataupun untuk di beri minum pada bayi?

  4. Salam Tuan Fazli,

    Saya berminat unutk mendapatkan beberapa buahan nadir spt cerapu, ceri terengganu, kerkup, nam-nam, rambai, rukam masam, tempunik dan belimbing buluh. Saya amat berbesar hati sekiranya dapat hubungi saya di 019-2252175. Saya boleh jelaskan secara terperinci objektif utama.

    Harap dapat sangat membantu.

    Tks

  5. Originally Posted By Baderul HishamSalam Tuan Fazli,

    Saya berminat unutk mendapatkan beberapa buahan nadir spt cerapu, ceri terengganu, kerkup, nam-nam, rambai, rukam masam, tempunik dan belimbing buluh. Saya amat berbesar hati sekiranya dapat hubungi saya di 019-2252175. Saya boleh jelaskan secara terperinci objektif utama.

    Harap dapat sangat membantu.

    Tks

    sms 016 5988 283

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam