Duku Terengganu

Duku Terengganu ( Lansium domesticum Jack ) dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia Khususnya di negeri Terengganu. Ia tergolong di dalam famili Meliaceae seperti juga langsat, Duku Kelantan,Duku Johor dan dokong. Adalah dipercayai Duku Terengganu merupakan hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Duku Terengganu lebih di kenali sebagai duku oleh penduduk tempatan dan buah ini digemari di seluruh negara kerana rasanya yang manis, mempunyai aroma yang unik dan tidak bergetah seperti buah langsat.
Pokok berbentuk kon hingga silindrikal. Ketinggian pokok boleh mencapai 30 m , akan tetapi ketinggian ini akan berkurangan apabila ditanam di kawasan terbuka. Pokok mempunyai batang yang lurus sebelum bercabang ( central leader system), atau pun mempunyai batang yang pendek sebelum batang nya bercabang kepada dua atau lebih ( modified leader habit ). Kulit batang berwarna coklat muda dan senang tertanggal apabila dikupas. Keratan melintang batang kelihatan agak bulat atau ‘poligonal’. Lilitan batang lebih kurang 70 cm untuk pokok berusia 18 tahun dan 82 cm bagi yang berusia 25 tahun.

Pokok yang tua boleh mencapai 140 cm atau lebih. Akar banir ( buttress ) akan terbentuk apabila telah tua atau matang.
Pokok Duku Terengganu sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi dengan jumlah hujan di antara 2000-3000 mm setahun. Suhu yang sesuai ialah di antara 25 – 35.
Tanaman ini juga memerlukan kemarau yang pendek diantara 2-3 minggu untuk merangsangkan pembungaan. Di samping itu hujan yang sederhana lebat pada peringkat bunga kembang dan masa buah membesar amat sesuai untuk tanaman ini.
Di kawasan yang terbuka dan terdedah kepada laluan angin yang kencang, pokok-pokok hadang angin perlu ditanam di keliling kawasan. Jika tidak, pokok dokong yang mempunyai 2-3 batang utama mungkin serkah dan kadang-kala pokok boleh rebah.

 

Number of View :5179

4 comments

  1. dari susunan buah rasanya ini langsat, kalau duku dari terengganu tak bergugus & buahnya ada yang kecil serta besar

  2. emm…nikan langsat…duku tidak bergugus macam ni. kalau ada pun..dokong…duku saiz tak sama…dah tu kuning dia agak gelap sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam