Di bawah pokok betik..

pokok-betik

Di bawah pokok betik..
Hati berbisik, jantung berdetik..
Bagai formula matematik..
Mencongak hidup yang penuh dramatik..

Pokok-pokok makin pupus..
Tanah-tanah makin tandus..
Hutan diratah penuh rakus..
Semuanya kerana fulus…
Untuk mengelap hingus..

Dimana hilangnya warna-warna kehijauan..?
Dimana hilangnya penghuni hutan..?
Dimana hilangnya kemanusiaan..?

Kenapa semuanya tunduk membisu..
Bagai pokok semalu mengucup malu..
Bagai kura-kura menyorok kepala..
Bagai kerang busuk yang ternganga…

Selagi marah belum bertukar darah..
Selagi luka belum menjadi nanah..
Selagi itulah sejarah belum bernoktah..

Ada sesiapa nak sambung lagi….?

p/s: kepada cikgu bahasa melayu diharap jangan komen puisi ini..

Number of View :8604

4 comments

  1. Saya tak nak komen banyak, cuma nak tanya. Mesej pasal tumbuhan yang hendak disampaikan melalui sajak ini? Dari sudut sastera, sajak yang kita hasilkan harus mempunyai mesej yang tertentu, bernada yang tertentu, nilai moral yang tertentu dan juga pengajaran yang tertentu. Apa-apa pun, tahniah kerana anda boleh menulis sajak dengan baik. Sajak ini mempunyai rima yang agak menarik (seakan-akan gurindam), mesejnya jelas (bagi orang sastera laa…) dan bentuknya pun baik.

  2. buah papaya buah betik
    jangan ditanam di tepi paya,
    ingatkan cinta akan berputik
    orang taknak apakan daya.
    .
    buah betik baru berputik,
    jangan diletak didalam nyiru,
    nasib juga cinta tidak berputik
    kalau x lagilah haru biru..
    .
    buah betik didalam nyiru,
    jangan dibiar dibiar di atas batu
    macamana x haru biru,
    mak ayah memang xkan restu…
    .
    buah betik di atas batu,
    Jangan dibelah dengan parang,
    macamana mak ayah nak restu
    dah calon tu ‘hak milik’ orang….
    .
    belah betik dengan parang,
    jangan dibiar berhari-hari,
    kalau dh tau hak milik orang,
    baik cepat2 mengundur diri…..
    .
    buah betik memang berguna,
    jangan dibiar tumbuh merata,
    pantun ni bukannya ada makne,
    hanya sekadar hiburan semata-mata……

  3. Chah cantik sangat pantun berkait yang dikarang. Boleh jadikan pedoman hati yang walang. Harap terus dalam berjuang. Bahasa Melayu tidakkan hilang.

    Sajak tertera di atas bertemakan alam sekitar. Bercerita tentang sikap manusia yang rakus dengan materialistik hingga sanggup memusnahkan khazanah berharga milik kita.

    Pengajaran daripada sajak tersebut adalah :-

    1. Cintai alam sekitar.
    2. Jaga dengan baik.
    3. Usah rakus.
    4. Jangan terlalu pentingkan wang hingga sanggup menggadai khazanah alam semulajadi.
    5. Usah musnahkan tumbuh-tumbuhan (flora dan fauna).
    6. Ekosistem akan menjadi tidak teratur.
    7. Bumi menjadi lemah dan berlaku banyak bencana alam.
    8. Kepupusan tumbuhan.
    9. Generasi akan datang tidak akan mengenal lagi tumbuhan yang ada dan mereka hanya dapat lihat melalui buku sahaja.

    Sajak ini lebih kepada satira dalam bersahaja tapi ada makna yang sangat mendalam jika kita hayati dengan akal dan iman.

    Tahniah!.

  4. tq tok batin sham…..tq vm to admin…..tp nape sy dh taip ikut rangkap tp bila dh post comment hilang rangkapnya….@sy yg xtahu menari,disangkakan lantai yg tinggi rendah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam