April 19, 2024
neem Daun Neem lebih dikenali dengan panggilan daun semambu, atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan banyak ditemui di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan. Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai.Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman. p/s: Masih lagi teringat masa zaman sekolah dulu. Pernah sekali terkena demam campak. Mak aku bagi mandi dengan daun ni lah.. Memang mujarab..
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19211

7 thoughts on “Daun Neem

  1. salam. dsebelah utara dikenali dgn nama pokok mambu. daun digunakan utk menghilangkan gatal dan miang bagi pesakit demam campak.pokok mudah hidup dan tahan lasak.pucuk muda bolih dibuat ulam,rasa sedikit pahit- khasiat mencegah darah tinggi dan kencing manis.pembiakkan dari biji benih.

  2. daun neem sama tak dengan daun pokok sepahit untuk dibuat ubat darah tinggi/kencing manis.aama atau sebaliknya.dakah pokok yang s

  3. daun nye wat ubat demam campak,crenye hamparkan daun ini n pesakit 2 tdo atasnye,emm wat pemberus gigi pon leh

  4. Encik Fazlisyam,

    Saya telah ke portal dan begitu yakin sekali tetapi tidak tahu macam mana nok usahakan. Dengan ini saya berharap tuan boleh memberitahu macam mana untuk mengenalinya.

    Daun Neem lebih dikenali dengan panggilan daun semambu, atau nama saintifiknya Azadirachta indica boleh hapuskan DARAH TINGGI.

    Sekian terima kasih dan berharap tuan dapat menjawab sebeberapa cepat. Sekian

    wongspacecom@yahoo.com

  5. Salam, nak kongsipetuagak. Daun mambu ni nak guna kena hati2 gak. ada racun nya. Tapi boleh buat ubat kumur2. Direbus daunnya dengan bunga cengkih. Tahulah maksud gunanya `kan. Untuk nafas berbau, sakit tekak (kekailan) dan ubat gusi bengkak. Kalau minum jaga2.Ia dipercayai boleh jadi ubat penjarang beranak silap2 mandul terus.pasal boleh membunuh benih (sperma). Pasal itu ia boleh dibuat racun serangga dan sebagainya. Agaknya tu sebab serangga takut dekat nanti tak leh nak membiak dan ayam diberi sebagai anti biotik tapi takleh nak bertelur lak. Hati2 tau kalau ambil herba2 ni. Tanya pakar herba. Jangan main hentam je. Tapi penyelamatnya ialah madu lebah atau susu fresh. Madu adalah ubat dan penawar. Tapi biarlah dengan dos yang betul. Begitulah yang Guru herba aku ajar (arwah ayah aku) sekian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam