March 29, 2024

PADA kebiasaannya jika tumbuhan herba itu bergetah, manusia sering menggunakannya untuk rawatan luaran sahaja seperti luka atau bisul.

Kita dinasihat supaya mengelak daripada menggunakannya bagi rawatan dalaman kerana tumbuhan yang mengeluarkan getah ini biasanya beracun.
Bagaimanapun, pokok LEMBIAGA agak berlainan sedikit. Walaupun tumbuhan ini mengeluarkan getah jika dipatahkan dahan atau daunnya, tetapi getahnya tidak beracun.

 

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Manap, ada spesies kupu-kupu (ulat) yang boleh hidup pada daun lembiaga.
Katanya, spesies ulat itu boleh membina sarang dan membiak dengan segar pada tumbuhan itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Calotropis gigantea.

“Bagaimana ulat boleh hidup dan membiak dengan segar pada pokok itu memang menghairankan,” akui beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

 

Menurut Tajuddin, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional, tumbuhan itu yang sering ditemui di kawasan berpasir boleh merawat beberapa jenis penyakit.
Getah yang dihasilkannya dikatakan sesuai untuk merawat telinga bernanah, sakit gigi dan resdung.

“Bagi telinga yang bernanah caranya adalah dengan mengambil sehelai daun dan dilayurkan atas api.
Setelah permukaan daun itu agak basah, perahkan air dan daun itu ke dalam telinga yang bernanah,” katanya.

 

Untuk sakit gigi pula, patahkan mana-mana dahan atau daun pokok lembiaga untuk mendapatkan getahnya dan sapu atau titiskan getah itu ke tempat gigi yang sakit.

“Untuk penyakit resdung pula, kalau mengikut pengamalnya adalah dengan membakar beberapa helai daun yang telah dikeringkan.
Hidu asap itu. Semasa menghidu asapnya, hidung kita terasa perit dan akan mengeluarkan lendir. Amalkannya sehingga kita terasa lega,” katanya.

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8342

2 thoughts on “Daun lembiaga merawat telinga bernanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam