Daun Ketumpang Air

ketumpang-air
Siapa sangka pokok yang tumbuh liar di dalam pasu dan celah-celah parit ini boleh dimakan sebagai ulam mahupun dibuat sayur. Lebih menarik lagi ia juga dijual di salah sebuah pasar di Sabah. Gambar di atas merupakan kiriman seorang rakan yang ingin mengetahui nama pokok ini dan khasiat penggunaannya.

Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucid merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai pokok ini, anda boleh membacanya di sini.

untitled-2
Artikel kali ini saya cuma ingin berkongsi apa yang dikongsikan oleh rakan di FB mengenai pokok ini. Ada yang mengenali pokok ini sebagai bayam jepun , pokok rangu-rangu, sirih air dan sirih puteri. Mengenai khasiat pokok ini, ada yang memberitahu pokok ni dapat dijadikan ubat bagi jerawat batu dan dipercayai dapat memecahkan batu karang. Sejauh mana keberkesanannya, hanya mereka yang pernah mencubanya sahaja yang tahu.

Menurut rakan yang berasal dari sabah, mereka memang biasa makan sebagai ulam dan juga di tumis dengan bawang putih dan dicampur dengan sos tiram sahaja. Selain itu, boleh juga di campurkan dalam sup ayam.

Sampai di sini perkongsian saya mengenai pokok ketumpang air yang mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Jika anda juga mempunyai cerita mengenai tumbuhan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :12493
Baca:  Setangki

5 comments

  1. tak sangka rumput yg jd musuh di kebun sy itu rupa2nya boleh dibuat sayur/ulam. Nak tanya empunya blog, tak ada sebut pasal kandungan nutrisinya kah? Kalau ada lg best sbb kita pun mau tau juga kandungan zat dlm pemakanan kita.

  2. biasanya saya hanya gunakan ketumpang air ni untuk merawat pening kepala dan demam. caranya ambil beberapa pokok (dari pucuk hingga ke akar), bersihkan dan lumatkan guna tangan kemudian sapu pada kepala.

  3. saya pernah jadi kayap tahun 2010, saya dah try ubat doktor tapi makin teruk, makin makan ubat doktor makin bernanah, kawan ayah bagitau, ubat mungkin xserasi dengan badan, sebab bila jadi kayap, badan jadi panas, ketumpang air pulak sifatnya sejuk, jadi dia syorkan tumbuk lumat pokok ketumpang air ni campur dengan bedak sejuk, sapu di tempat yang kayap timbul, insyaallah dalam masa sehari jer, kayap akan mengecut dengan sendirinya dan gatal-gatal kesan daripada kayap pun hilang. Alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah.

  4. pokok ini banyak tumbuh meliar terutama di tepi longkang dan dalam pasu bunga. sebelum mengetahui kebaikan dan khasiat tentang pokok ini, saya selalu mencabut dan membuangnya malah menganggap pokok ini adalah penganggu.

    Kini, setelah mengetahui kebaikan dan khasiat pokok ini, saya selalu mencarinya di tepi2 longkang dan celah2 pasu. Malah rasa sedap pula. badan pun rasa makin sihat berbanding dulu.

  5. salam, saya ingin bertanya, pokok ketumpang air ini ada di jual di mana mana kah seperti yang di dalam gambar kelihatan seperti di jual di pasar. saya sangat memerlukan pokok ini dalam kuantiti yang banyak namun sukar untuk mencarinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam