Daun Jambu Batu Ubat Cirit Birit

daunjambu

Saya dapat petua ini dari arwah mak saya. Dan saya telah mencubanya, nampaknya berkesan.

Jika mengalami cirit birit, ambil pucuk jambu batu beberapa helai, cuci dan makan begitu sahaja. Insya-Allah, cirit birit akan berkurangan.

Kiriman E-Mel: hamizaha @g mail.com

“Penggunaan daun jambu batu yang diramas dan dilumurkan kepala dapat mencantikkan rambut dan jika dicampurkan dengan bedak sejuk dapat mencantik dan menghaluskan wajah.”

Kiriman E-Mel: nuarindah @ gmail.com

Number of View :8575

3 comments

  1. salam. daun jambu batu atau utamanya pucuk jambu batu dapat melegakan cirit birit. makan beberapa helai pucuk dalam jumlah ganjil disertai dgn selawat dan kalau untuk baby sapukan kunyahan pd bahagian perut.selain dari daun buah yg muda jg bolih digunakan.

  2. Salam. Ada lagi kegunaannya iaitu bagi perempuan yang mengidap senggugut. Rebuslah daun jambu batu dalam 6 helai dan amalkanlah minum air rebusan itu. Ia boleh melegakan dan menghilangkan kesakitan. Insya-Allah.
    Pucuknya pula baik diamalkan oleh kaum perempuan untuk awet muda dalaman. Tetapi rasanya kelat la,tapi itulah ubat yang baik.

  3. Salam. Ya, saya setuju dengan komen ttg daun jambu batu ini bagi menyelesaikan masalah ceret berit. Mau cepat, ramai daun ini dalam air panas dgn tangan (jgn sampai panasnya melecurkan tangak lak) , kemudian ditapis, dan minum. Menjadi…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam