March 29, 2024
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi pada daunnya. Daun inai atau Henna merupakan sejenis pokok renek dengan bunga yang berwarna hijau pucat serta daun-daun yang sangat berguna. Orang-orang melayu dan cina menggunakannya untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Untuk itu, daun-daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada tempat yang sadaikit. Selain daripada itu, orang melayu juga menggunakan air daun inai untuk menyembuhkan sakit perut. Air ini berupa campuran daun inai segar yang telah dicincang atau inai kering dengan dua gelas air. Ia direbus di dalam bekas yang tidak ditutup. Airnya ditapis dan diminum.

Serbuk daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang. Sementara itu, akar-akar palpa digunakan untuk mengubati bisul. Bagi orang-orang India,air daun itu adalah baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya bahawa berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, orang-orang Melayu juga menggunakan daunnya untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurrkan dengan pewarna-pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut atau bahan tekstil.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :15579

4 thoughts on “Daun inai

  1. kalau tok nenek saya dulu,daun ni direbus dan diminum seperti air teh O untuk tujuan awet muda (nak kasi muka nampak merah bercahaya katanya)serta merawat luka dalaman untuk perempuan baru bersalin akan diberi minum 3 pagi berturut-turut sebanyak 1 cawan(segenggam daun inai tua + 2 cwn air).bunganya pula dibuat ulam….agak pahit tapi sedap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam