Daun Gajah Beranak Boleh Ubat Demam Sejuk

POKOK herba kali ini merupakan antara herba yang paling popular dalam ramuan perubatan tradisional masyarakat Melayu.
Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.

Namun begitu, bentuk daun itu tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai ciri-ciri itu.
Daun itu dipanggil GAJAH BERANAK atau nama saintifiknya Goniothalamus macrophyllus. Ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Tetapi kalau anda hanya mendengar namanya tanpa melihat rupa bentuk daunnya terlebih dahulu, pasti anda akan menyangka saiz daunnya sebesar nama panggilan itu.

Daunnya bukanlah sebesar tapak kaki gajah. Bagaimana nama itu diperoleh, saya sendiri tidak tahu. Mungkln kerana gajah suka kepadanya.
Ataupun kerana khasiatnya yang dianggap sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang penting dalam perubatan – tradisional Melayu,” kata Renjer Baharuddin Alias sambil ketawa kecil ketika ditemui di Taman Etnobotani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRTM).
Renjer Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba FRTM itu menyatakan pokok gajah beranak sering digunakan oleh masyarakat Melayu bagi merawat demam sejuk.
Cara merawat penyakit tersebut ialah dengan meminum air rebusan akar pokok gajah beranak.
“Ia berupaya memanaskan badan bagi mereka yang menghidap demam sejuk secara beransur-ansur,” tambahnya.
Malah, keratan akar pokok itu juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas bersalin.

“Keratan akarnya pula sering kali dijadikan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan diri.

Namun begitu, bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keguguran,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7895

7 comments

  1. Assalamualaikum Encik,
    Di mana saya boleh dapatkan/ beli daun gajah beranak? Saya amat memerlukan daun ini untuk merancang. Saya telah cuba byk kali birth control moden/medical. Dari pil ke kaedah terbaru dan termahal IUS. Tapi malangnya badan saya tak boleh terima dgn semua kaedah ini. Saya ingin cuba kaedah tradisional. Harap encik dapat membantu. Terima kasih.

    Ibu berkerjaya.

  2. Setakat ni takde pulak yg jual pokok ni.. Cuma kalau dalam perubatan tradisional memang dia ada guna pokok ini untuk merawat penyakit.. Kalau nak pokok dia boleh cuba cari TANYA dekat FRIM yang terletak di Kepong tu..

  3. pokok gajah beranak nih ada 2 jenis kan? satu gajah beranak jantan dan satu lg gajah beranak betina…tp saya xpnah tgk gamba jenis pokok nih…dulu pnah la tgk tp skang nih dah lupa..

  4. ada kah ia sesuai digunakan untuk rawatan kecing manis…..saya di beritahu saorang orang asli….ia nya ubat kencing manis….saya rebus akar nya…dan num 2 kali sehari…
    apa pandangan tuan…
    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam