Daun cemperai ubat ulser mulut


ULAM seolah-olah ada pertalian rapat dengan masyarakat Melayu. Mereka mempercayai amalan pemakanan ulam setiap hari akan menjadikan seseorang awet muda.
Katanya, ulam juga mempunyai kelebihan dalam merawat beberapa jenis penyakit tertentu.

Antara ulam yang berkhasiat ialah CEMPERAI atau nama botaninya Champereia griffihii.

“Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat,” kata Dr. Mohd. Said.

Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnyn agak keras dan bentuknya lurus menajam.

“Tetapi kita harus berhati-hati. Jika pokok cemperai ini tumbuh berhampiran pokok getah atau kelapa sawit, ia mungkin beracub”.

Antara kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut. Menurut Dr. Mohd. Said, caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.

“Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser,” ujarnya.

Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal tulang.

“Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas. Minumlah pada waktu malam,” katanya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8729

8 comments

  1. thanks for d info.i always suffered this kind of ulcer. it will take such a long time to recover.i hope this leaf may help me a lot.

  2. Daun cemperai banyak didapati di dlm semak di Batu Anam Segamat.Ada yg tumbuh sendiri tp seolah-olah mcm ditanam kr byknya cemperai di sini.Enak dimasak buat kuah air…Mungkin generasi sekarang di kawasan itu ada yg x kenal khasiat tumbuhan ini.

  3. Pucuk Cemperai ni orang kampung saya buat sayur bukan ulam. Ianya sangat enak dimasak air atau masak bening kata orang Kampung Penchu, Kundang Ulu, Muar. Biasanya ianya dimasak dengan rencahan ikan bilis atau udang kering. Lebih sedap jika dicampur cendawan busut atau cendawan kukur. Ianya boleh dihirup seperti menghirup sup. Rindu nak makan pucuk cemperai. Kalau nak cari pucuk cemperai jangan dimusim hujan sebab pucuknya tua. Pucuk cemperai muda pada musim panas/kering (pelik sikit kan?). Saya cadangkan cemperai ditanam sebagai sumber sayuran komersial.

  4. Pucuk cemperai ini sayur kegemaran saya semenjak dari kecil lagi, tambahan lagi dengan resipi yang dikirim oleh suriani,menghimbau masa lampau masakan arwah wan(nenek) di Kg,melayu Sempalit,Raub,Pahang . yang sama seperti diceritakan, tetapi sekarang sukar untuk mendapatnya,

  5. masak air macam daun cekur manis.

    rebus air. campak bawang merah, ikan bilis n ubi keledek. last skali masuk pucuk cemperai tunggu skali mendidih. siap masak air pucuk cemperai.

  6. aku rasa kalau tumahan ini boleh dibiak secara tut, kerana secara keratan agar sukar untuk tumbuh kerna tumbuhan ini mempunyai batang yang agak keras

  7. Ada sepokok kt umah..dh bertahun2 dia idup.. bt x taw.. sehinggalah kwn bg taw amalan org tua yg masih sihat n kuat… sy mula menjaga n mkn pucuk mcm tu setiap hr..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam